KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 18, 2008

TAK RAPAT TAPI BAYAR TAMBANG SEPARUH?

Lingam Tawar Bayar Separuh Kos Pengangkutan Di New Zealand, Kata Eusoff Chin

Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat klip video yang merakamkan perbualan telefon antara peguam Datuk V.K Lingam dan seseorang kononnya berkaitan pelantikan hakim, diberitahu bahawa bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin dan Lingam berkongsi membayar kos pengangkutan antara dua bandar raya di New Zealand semasa percutian mereka dan keluarganya pada 1994.

Eusoff, yang ketika itu Ketua Hakim Negara, berkata beliau hanya membayar separuh daripada kos pengangkutan tersebut untuk sebuah van dari Christchurch ke Queenstown setelah Lingam menawarkan untuk membayar separuh lagi tambang tersebut. More...

Eusoff Chin Perjelas Nafi Ada Hubungan Rapat Dengan Lingam

(Imej kanan) SAKSI…Bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin tiba di mahkamah untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat kes klip video "Lingam", Jumaat. Foto: Noriani Ahmad

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin berkata walaupun beliau meluangkan banyak masa dengan peguam Datuk V.K. Lingam di New Zealand 14 tahun lepas, hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan antara seorang hakim dan peguam.

Ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang mengadakan inkuiri mengenai klip video yang menunjukkan seseorang dikatakan Lingam sedang berbual menerusi telefon kononnya bagi mengatur pelantikan hakim, Eusoff menafikan beliau mempunyai hubungan rapat dengan peguam itu.

Menjawab soalan wakil Badan Peguam Malaysia Ranjit Singh sama ada beliau rapat dengan Lingam, bekas Ketua Hakim Negara itu menjawab: "Tidak". More...

Rujukan lain : Selepas 13 tahun, Eusoff terpaksa jelaskan percutiannya bers..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive