buletinonline
Kuala Terengganu, 17 Jan – Bahang pilihanraya memang sudah mula panas, walaupun hujan turun sejak semalam. Dimana-mana orang bercakap tentang pilihanraya. Dari Madrid, hingga ke Putarajaya, sampai ke Kuala Terengganu.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air(MBKT-Bawasir) mula mengganas. Anak bungsu Deris, yang baru berumur 17 hari ini bukan calang-calang orangnya. Beberapa kali arahan diulang-ulang oleh Deris, untuk menjadikan bandaraya bersih.
Walaupun Datuk Bandar, yang berasal dari Hulu Terengganu lambat faham, namun beberapa hari kebelakangan ini mula menunjukkan taringnya. Rupa-rupanya ‘kod arahan’ membersihkan Kuala Terengganu adalah merujuk kepada membersihkan bandaraya dari semua ‘bendera besar PAS’ yang berkibar disini sana.
Sekitar empat hari lalu, petugas-petugas MBKT telah menurunkan bendera besar PAS berhampiran dengan Masjid Kg. Pengadang Baru. Entah arahan apa yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar sehingga petugas-petugasnya berani menurunkan bendera besar itu, walaupun diatas tanah persendirian.
Kira-kira jam 5.30 petang hari ini MPKT-Bawasir meneruskan operasi. Lensa Buletinonline sempat merakamkan saat-saat tumbangnya sebuah lagi ‘bendera besar PAS’ yang di kibarkan di atas sepohon mempelam, berhampiran stesyen minyak Shell, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.
Operasi disertai oleh dua buah lori pengangkut sampah, sebuah lori ‘pengangkat’ yang digunakan untuk mengangkat petugas MBKT-Bawasir kebahagian-bahagian yang tinggi. Selain kira-kira 20 orang petugas yang dilengkapi dengan 2 buah pacuan 4 roda, termasuk sebuah ‘flying squad’ atau nama lain bagi ‘orang-orang gedebe’ MBKT-Bawasir.
Tepat jam 6 petang, didalam hujan yang agak lebat, setelah mengerat dahan-dahan pokok mempelam tersebut, MBKT-Bawasir telah menumbangkan bendera besar PAS.
Rentetan dua operasi menurunkan bendera besar PAS di Pengadang Baru dan Cabang Tiga, pasti selepas ini lebih banyak lagi operasi seumpama itu akan dijalankan.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletinonline lewat malam ini mengatakan bahawa tidak ada bezanya dari segi tindakan antara MPKT dengan MBKT-Bawasir.
“Kedua-duanya menjadi alat UMNO/BN Terengganu dan sentimen politik sempit UMNO yang sudah kecut perut untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir” kata Wan Faizul.
“Banyak bendera UMNO/BN yang masih terpasang selepas sambutan TPM minggu lepas, mengapa tidak diambil tindakan sekiranya MBKT adil dan saksama” katanya lagi.
Wan Faizul juga memberi ingatan kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, bahawa realitinya, separuh dari warga Kuala Terengganu adalah orang PAS. Sekiranya Datuk Bandar ingin dihormati sebagaimana jawatan yang gah itu, Datuk Bandar sebagai Penjawat Awam harus menghormati orang lain dan mesti pandai berdiplomasi.
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
27 minutes ago
0 comments:
Post a Comment