Utusan
KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Beberapa pemimpin kanan UMNO Terengganu hari ini sepakat mahukan kepimpinan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar terus dikekalkan selepas pilihan raya umum akan datang, bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini dapat diteruskan.
Sambil menyifatkan desas-desus kononnya, Idris bakal bertanding kerusi Parlimen bagi membolehkannya dilantik sebagai menteri Kabinet pada pilihan raya umum nanti sebagai satu spekulasi semata-mata, mereka berkata, fokus ahli parti kini ialah untuk memantapkan lagi jentera parti.
Bagi Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafei, Terengganu hari ini begitu maju hasil kerja kuat serta gaya kepimpinan cemerlang yang dibawa Idris dan perkara itu telah disambut baik oleh rakyat.
Katanya, sebagai seorang pemimpin berpengalaman, tenaga Idris masih diperlukan di Terengganu untuk mencorak masa depan negeri ini ke arah yang lebih hebat.
“Tidak timbul soal beliau bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang kerana semua orang boleh melihat kejayaan Idris membawa perubahan besar di Terengganu dan itu adalah kebolehan istimewanya. More...
No2umnO - Ini lah sering kita dengar di dalam UMNO atau BN. Pujian dari orang bawah ketika mempunyai jawatan. Dibelakang, orang kutuk bagai nak rak. Malah apabila menteri atau ketua sudah tiada di dalam jawatan, dihina dan dicaci. Ini semua adalah kerana sikap hipokrit antara pemimpin dan anggota UMNO/BN. Ikhlas kerana mahukan tempat dan mahukan projek.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment