Baru dua hari jadi ahli, Ketua Penaja KeADILan dipanggil polis
Mohd Sabri Said
Harakahdaily
KEPALA BATAS, 18 Jan (Hrkh) - Tidak sampai dua hari menyertai Parti KeAdiLan Rakyat (KeAdiLan), Ketua penaja KeADILan Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Gunasegaran dipanggil polis untuk mendapatkan keterangan berhubung program yang beliau laksanakan di kediamannya malam Sabtu lalu.
Harakahdaily difahamkan walaupun tiada sebarang ugutan hanya bualan biasa namun sedikit sebanyak memberikan tekanan kerana mereka orang baru bergelar pemimpin di kawasan itu.
Ketua KeAdiLan Bahagian Kepala Batas, Zaini Awang ketika dihubungi menegaskan, sepatutnya polis menumpukan pencegahan rompakan, kecurian, masalah sosial dan sebagainya bukan menakutkan masyarakat yang ingin menyokong pembangkang.
Ini kerana, pembangkang yang menyertai pilihan raya adalah parti yang sah dari segi undang-undang dan tidak menjadi kesalahan menganjurkan perhimpunan di kediaman sendiri bukan di tempat lapang.
"Saya yakin Gunasegaran merupakan ahli yang berani untuk membawa perubahan demi menjagai maruah negara yang sudah tercemar teruk. Apa yang kami dimaklumkan beliau bertambah kuat bekerja untuk memastikan Barisan Alternatif (BA) berjaya," terangnya.
Menurut Zaini lagi, pihak polis juga jangan bekerja untuk Umno kerana langkah itu boleh merencatkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem keselamatan negara.
Tambahnya, beliau tidak mahu polis menuruti kehancuran sebagaimana institusi Kehakiman negara sekarang ini terutamanya membabitkan pelantikan Ketua Hakim seperti kes VK Lingam.
"Kita masih hormati polis sebagai penjaga keamanan tetapi haruslah tahu kes mana yang perlu diutamakan bukannya menakutkan orang nak menyertai politik terutamanya pembangkang, " ujarnya. - mks.
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
28 minutes ago
0 comments:
Post a Comment