Jabatan Amal Kelantan Turun Bersih Kawasan Banjir
Wanita, Puteri UMNO Halang Jabatan Amal Bantu Mangsa Banjir
amalkelate
Rantau Panjang : Aneh, banyak bantuan banjir diterima, tetapi ketika bantuan itu diagihkan kepada mangsa banjir ramai pula yang tidak terima. Begitu juga makanan yang dimasak tidak sempat dijamah ramai mangsa banjir.
Ke mana hilangnya bantuan tersebut yang ditempatkan di Sekolah Gual Tinggi, dekat sini ketika banjir melanda Rantau Panjang pertengahan Disember lalu. Angkara siapa.
Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab melelapkan bantuan tersebut. Isu itu bukan sekadar cerita omongan, sebaliknya semua petugas pusat bantuan banjir berkenaan melihat sendiri apa yang berlaku.
Perkara yang sama juga disahkan oleh anggota-anggota Jabatan Amal Kelantan yang bertugas di pusat pemindahan tersebut, ketika banyak kampong di Rantau Panjang ditenggelami air bah, baru-baru ini.
Pengarahnya, Muhammad Hafiz Musa berkata, banyak bantuan yang dihantar termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Petronas ke pusat pemindahan banjir itu tidak sampai kepada mangsa.
Anggota-anggota Jabatan Amal Kelantanmembantu mengangkat bantuan yang baru tiba ke pusat pemindahan. Tetapi hairanya ketika bantuan hendak diagihkan kepada mangsa, ramai yang tidak menerimanya.
Begitu juga dengan makanan yang dimasak petugas tempatan di situ tidak cukup. Ini menyebabkan Kmi terpaksa mengambil inisiatif sendiri membeli beras dan lauk kemudian dimasak untuk dijamu kepada ramai mangsa banjir yang belum makan.
“Perkara itu berlaku tiga hari berturut-turut sehingga menyebabkan kami berusaha mendapatkan bantuan lain termasuk Kerajaan Negeri untuk keperluan mangsa banjir,” katanya.
Beliau mendakwa Wanita UMNO dan Puteri mengawal semua bekalan makan yang tiba di pusat tersebut.
Menurutnya mereka cuba mengawal pusat pemindahan tersebut dan mengenepikan sukarelawan lain termasuk dari agensi-agensi kerajaan yang berada di pusat terbabit. |More...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment