KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

Negara terus kaya, rakyat terus miskin

Surat dari pelayar kepada MSTar

Harga minyak naik, negara bertambah kaya?
MStar

SECARA logik yang jujur, semakin tinggi harga minyak dunia naik, semakin kayalah negara pengeluar minyak. Oleh sebab Malaysia sebuah negara pengeluar minyak, maka sudah tentu Malaysia bertambah kaya. Bertambah kaya negara, bererti bertambah kayalah rakyat.

Tetapi malangnya, logik ini tidak dapat diaplikasikan bagi dan kepada rakyat Malaysia; bahkan sebaliknya, apabila negara bertambah kaya, rakyat pula bertambah miskin.

Rakyat bertambah miskin sebab rakyat terpaksa membayar kos kenaikan harga minyak yang dikenakan oleh negara; padahal sepatutnya rakyat dapat menikmati kemewahan kekayaan negara daripada hasil minyak. Sepatutnya, harga minyak diturunkan sampai 50%, kalaupun rakyat tidak dibekali minyak percuma!

Saya tidak nampak dan saya tidak faham bagaimana negara boleh jatuh muflis sekiranya harga minyak tidak dinaikkan, sedangkan negara memperoleh keuntungan yang amat besar daripada kenaikan harga minyak dunia? Mudah saya nampak dan senang saya faham bagaimana negara boleh jatuh muflis sekiranya harga minyak dunia turun menjunam, katakan sampai US$10 setong! Memanglah negara muflis apabila hasil minyak sudah hampir tiada lagi. Ini baru masuk akal!

Walau bagaimanapun, besarlah harapan saya jika sekiranya sesiapa dapat memberi saya faham apa yang saya tidak faham itu. Ada satu perkara lagi yang saya tidak faham: tentang subsidi sebanyak RM35 bilion setahun: kepada siapakah subsidi itu dibayar oleh kerajaan? Adakah kepada Petronas? Adakah soalan saya ini kelakar bunyinya atau barangkali saya ini bodoh lagi jahil tentang ekonomi negara?

Sesungguhnya saya cukup ikhlas.

Yangretibase,
Kuala Terengganu

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive