Kosmo
SEBAHAGIAN daripada mang menunjukkan salinan laporan polis di Kompleks Sukan Kampung Pandan semalam.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 80 peserta Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) di Port Dickson pada 22 hingga 30 Disember lalu, kini dalam dilema apabila semua dokumen serta barang berharga mereka hilang daripada simpanan pengendali program.
Antara barangan peribadi yang hilang ialah dompet, MyKad, wang tunai, kad ATM, lesen memandu serta telefon bimbit.
Mereka sebahagian daripada 120 peserta kursus itu yang menyerahkan barangan peribadi masing-masing atas arahan pengendali kursus sebelum hilang tiga hari sebelum program itu berakhir.
Lebih memburukkan keadaan, kesemua mangsa yang sebelum ini mengikuti program di Kolej Uniti Pasir Panjang, telah diarahkan pergi ke Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan di sini semalam bagi menyelesaikan masalah itu, namun terpaksa pulang hampa kerana ia ditangguhkan.
Kejadian itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta yang menyifatkannya sebagai kelalaian pihak urus setia.
Seorang peserta, Muhammad Rafiuddin Hussein, 22, berkata, syarat yang mewajibkan peserta program menyerahkan segala barangan penting tidak wajar.
Menurutnya, setiap peserta diberikan satu sampul surat yang kemudian diguna untuk memasukkan dompet dan barang-barang penting yang lain serta menyuruh peserta menyenaraikan pada bahagian luar sampul surat.
“Ia kemudian dimasukkan dalam sebuah kotak dan disimpan dalam almari.
“Pada mulanya kami memang enggan berbuat demikian, tetapi setelah dipaksa dan dijadikan peraturan untuk mengikuti pro- gram berkenaan, kami akur,” katanya ketika ditemui di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan semalam.
Seorang lagi peserta, Zul Imran Ishak, 17, berkata, dia pernah mengikuti kursus yang hampir sama, tetapi tidak pula dikenakan syarat seperti menyerahkan barangan peribadi.
Nor Farhana Mohd. Nor, 18, menyatakan, para peserta hanya dimaklumkan mengenai kehilangan barangan mereka pada 27 Disember lalu.
Katanya, pihak urus setia berjanji untuk membayar ganti rugi, namun semuanya tidak berlaku.
“Kami cukup kecewa kerana pertemuan yang dijadualkan pada hari ini (semalam) tidak ada, sebaliknya hanya notis pembatalan yang tertera pada pintu bangunan kompleks tersebut,” ujarnya.
SEORANG peserta menunjukkan salinan laporan polis di hadapan ibu bapa peserta kursus dalam pertemuan di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, seorang ibu kepada peserta, Azalah Omar, 43, nyata kecewa kerana pihak urus setia mengabaikan aspek kesela- matan.
“Apabila berlaku kejadian sebegini, sudahlah pihak terbabit sukar dihubungi, malah tarikh perjumpaan juga ditangguhkan,” katanya.
Difahamkan, semua peserta telah membuat laporan polis secara berasingan mengenai kejadian itu.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment