Kumpulan mahasiswa mahu letak calon bebas
MStar
(...) Jurucakap kumpulan itu Meor Ispandi Meor Azizan mendakwa gerakan itu menghimpunkan beberapa ratus pelajar dari pelbagai univerisiti tempatan yang mahu melihat perubahan dalam lanskap politik negara.
"Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau perti-parti pembang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.
"Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.
"Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak," dakwanya.
Beliau mengetuai kumpulan hampir 50 mahasiswa menyampaikan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibupejabat suruhanjaya itu di sini Isnin.
Kumpulan itu bagaimanapun gagal menemui Pengerusi dan ahli-ahli SPR kerana mereka kini mempunyai urusan rasmi di Sabah dan dijangka pulang lewat petang. |more...|
No2umnO - PAS .... badut? Kononnya kumpulan mahasiswa ini tidak menyebelahi mana mana pihak. Kutuk PAS dan juga BN. Kalau lihat cara pertuturan .... macam lakunan je. Sekarang ni macam macam berita pelik kedengaran. Persiapan UMNO bukan sahaja untuk memenangi pilihanraya, malah pelbagai tektik digunakan. Wang pada mereka bukan masalah. Maka adalah insan insan yang dahagakan wang dan habuan cuba untuk bersubahat. 'Bebas' adalah parti penyelamat Barisan Nasional. Kononnya untuk melengkapkan sebuah negara demokrasi. 'Bebas' kerap ujud untuk mengelakkan pilihanraya dari di BOIKOT atau ia juga turut digunakan untuk pecah undi sesuatu kawasan itu. Hmmmmm..... agak agak, siapa lah mereka ini? Barua atau baru belajar nak jadi BARUA? Kalau boleh adik adik di Universiti tu tolong selidik siapa mereka ni?
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment