Kalau Barua Kerajaan di panggil ANJING, kalau berita arus perdana, dipanggil LIDAH ANJING. Kini LIDAH ANJING, cuba untuk memutarbelitkan punca kekurangan minyak masak di pasaran. Berharap agar rakyat menyalahkan sesama sendiri dan tidak menuduh kerajaan cuai di dalam pemantauan terhadap bekalan serta tidak membendung penyeludupan.
Rujuk berita berikut,
Kekurangan Minyak Di Pasaran Juga Berpunca Daripada PenggunaSedangkan mereka tahu bahawa punca sebenar kekurangan minyak adalah kerana ada pihak yang mahu ianya dinaikkan harga. Berikut adalah perkara yang sedang dan akan berlaku
KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama)-- Sikap pengguna yang membuat pembelian panik dengan membeli bahan itu dalam kuantiti yang banyak walaupun melebihi daripada keperluan turut menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan bekalan minyak masak di bandar ini.
Pengurus Besar Mydin Mall di sini, M. Muruguyah berkata, jika sebelum ini bekalan empat tan metrik minyak masak sehari sudah mencukupi, namun selepas kerajaan mengumumkan langkah mengehadkan pembelian hanya lima kilogram minyak masak bagi seorang pembeli, permintaan telah meningkat sebanyak lima tan metrik sehari.
"Ini menyebabkan pasar raya terpaksa mengambil langkah menjual minyak masak secara berperingkat iaitu pukul 9 pagi, 2, 5 dan 7 petang serta 9 malam sejak dua hari lepas," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
- Langkah 1. Bermulanya Kekurangan stok barangan dipasaran
- Langkah 2. Serbuan dan tangkapan kepada pemborong, yang menyorok barangan, tangkapan kepada penyeludup.
- Langkah 3. Catuan akan dibuat pada setiap pengguna.
- Langkah 4. Kenaikan harga barang diwartakan dengan alasan, kerajaan tiada pilihan.
- Langkah 5. Sambungan langkah pembasmian dan penyeludupan untuk jangkamasa 2 ke 3 bulan.
- Langkah 6. KPDN&HEP selepas itu akan sambung tidurnya sehinggalah barangan lain mula menjadi isu baru.
Pernah berlaku sebelum kenaikan harga minyak diesel dan petrol yang lepas, kemudian berlaku pula pada gula dan sekarang berlaku kepada minyak masak. Awas dengan ulangsiar BALA yang dicipta oleh kerajaan Barisan Nasional.
0 comments:
Post a Comment