syukran
Inilah nasib rakyat bila mana Kementerian Pelajaran tidak serius menangani isu Yuran Tambahan Sekolah. Amat kasihan bagi mereka yang duduk diluar bandar seperti keluarga Encik Ismail. Pendapatan mereka masih tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kos persekolahan anak-anak yang kian membesar.
Sekolah adalah tempat mendidik pewaris negara bukannya tempat berniaga. Sekolah adalah sumbangan wajib Kerajaan yang tidak perlu dikenakan apa-apa bayaran memandangkan semua rakyat telah membayar cukai. Kalau pun bukan cukai pendapatan, pastinya mereka telah bayar cukai tanah, cukai pintu, cukai tak langsung dan macam-macam lagi.
Oleh itu Setiap guru yang bekerja dengan hasil cukai rakyat ini, wajib memastikan anak-anak murid mereka terdidik dengan sempurna dan masa pembelajaran disekolah pada waktu pagi dan petang adalah masa yang mencukupi. Ianya tidak perlu disusuli dengan kelas Tuisyen jika guru benar-benar memberikan tumpuan kepada anak murid. Kelas Tuisyen juga seharusnya menjadi pilihan dan bukannya diwajib seperti yang berlaku SK Bohor di Jalan Hutan Kampung, Kedah.
Tidak semua guru yang menjadi guru tuisyen, tapi apa yang berlaku disekolah ini boleh dipersoalkan.
Ibu bapa mana yang tidak terkejut bila mana terpaksa membayar RM 373.80 untuk yuran tambahan dimana RM250 adalah untuk yuran Tuisyen. Bagi yang berpendapatan tinggi jumlah itu hanya taik mata bagi mereka, tapi bagi yang berpendapatan rendah, nilainya begitu besar.
Jadi, memandangkan sekolah sendiri tidak mampu memberikan pendidikan yang terbaik adalah wajar jika semua sekolah ditutup dan digantikan dengan kelas tuisyen sahaja. |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment