KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

YURAN: KP PELAJARAN YANG KELIRU


Asingkan bayaran tambahan elak kekeliruan
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Bayaran yang berkaitan pelajaran perlu diasingkan daripada bayaran tambahan lain yang dikenakan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kekeliruan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, mengikut garis panduan Kementerian Pelaran, bayaran berkaitan pelajaran adalah untuk aktiviti kokurikulum, sukan tahunan, ujian, kegiatan pendidikan Islam dan Moral serta insurans pelajar.

Bayaran tambahan pula, katanya, adalah untuk pelbagai kelengkapan pelajar seperti tali leher dan baju sukan.

“Saya telah arahkan para pengetua supaya mengasingkan kedua-dua bayaran tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tindakan pihak sekolah menyatukan bayaran kepada pihak sekolah dan bayaran tambahan menyebabkan ibu bapa merasakan jumlah yang terpaksa dibayar terlalu tinggi.

Menurut Alimuddin, beliau akan mengadakan pertemuan dengan para pengarah pelajaran negeri esok bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Tambah beliau, ibu bapa perlu diberikan pilihan untuk membeli sendiri kelengkapan yang disenaraikan di bawah bayaran tambahan tanpa melalui pihak sekolah.

‘‘Jika ibu bapa merasakan harga kelengkapan seperti tali leher dan sebagainya yang dikenakan oleh pihak sekolah terlalu mahal, mereka boleh membelinya di luar.
(Radenjowo: Tali leher ada lencana, mana ada jual diluar sekolah....faham ke tak?)

‘‘Sebahagian besar daripada sekolah tidak menghadapi masalah mengenai isu bayaran tambahan ini. Hanya segelintir ibu bapa yang keliru dengan perkara ini,’’ katanya.

(Radenjowo: Siapa kata segelintir? Dah buat kaji selidik ke?)

Kata Alimuddin, ibu bapa juga diberi kelonggaran untuk menyelesaikan bayaran tambahan kepada pihak sekolah secara ansuran memandangkan para pelajar akan berada di sekolah dalam jangka masa hampir setahun.

‘‘Jumlah ansuran bulanan bayaran berkenaan boleh dibincangkan di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengetua sekolah,’’ katanya.
(Radenjowo: Menteri kata tak payah bayar, Pengarah kata bayar ansuran .... apa cerita ni?)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive