Berita Haruan
(...) Bernas katanya, tidak boleh menganggap kerajaan akan meluluskan apa saja keputusan syarikat itu walaupun mereka adalah pengimport beras tunggal yang dilantik kerajaan.
"Walaupun dilantik kerajaan, tidak ada perbezaan dari segi layanan kerana yang penting dasar kerajaan perlu dipatuhi, bukan bertindak sewenang-wenangnya.
"Ini bukan kali pertama (Bernas buat salah). Sebelum ini pun syarikat itu menaikkan harga beras tanpa merujuk kepada kementerian pertengahan tahun lalu, manakala pada 2004, beras dibawa masuk Bernas juga ditahan kerana tidak mempunyai AP," katanya.
Beliau berkata, secara umumnya, tindakan Bernas itu tidak melanggar syarat perjanjian syarikat itu dengan kerajaan, tetapi jelas dari segi pentadbiran, tindakan syarikat membawa masuk beras tanpa AP adalah salah.
"Jangan pandai-pandai buat keputusan, terutama hal berkaitan dasar dan jangan buat perancangan sendiri kerana tindakan itu memberi gambaran seolah-olah kementerian tidak betul, cuai dan longgar dalam menguatkuasakan syarat dan peraturan," katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.
|more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment