Surat dari pleyar kepada MStaronline
Tidak hairan bila kakitangan kurang minat menonton program RTM
MStar
AGAK menghairankan bila kakitangan RTM sendiri pun tidak minat RTM?
Dari dulu lagi nampak sangat program-program RTM yang senantiasa dijaja diwar-warkan diheboh-heboh bagai nak rak itu semuanya sebenar-benarnya tidak sehebat mana.
Macam dia orang punya Klasik Nasional la. Mana ada klasiknya? Kononnya Saluran Inforia tapi sudahnya jadi Saluran Inforiak atau Saluran Feranda (Porak Peranda).
Kononnya Tepat, Padat, Mutakhir padahal Maklumat tidak lengkap, adakalanya Laporan Saham yang di dapati dari Bursa Malaysia pun tak betul. Yang Bukan Mutakhir biasanya Market Closing Report seharusnya tepat...
Dan ada juga Laporan yang tak 'up-to-date', malah sudah basi pun dihidang untuk para penonton yang dia orang anggap penonton jenis butakayu?.
Ada kala filem dari slot Filem Lagenda pun di siarkan bahagian yang Terkemudian dan diikuti dgn yg Awal. Kita tahu mereka buat silap tapi tidak mampu atau berusaha membuat pembetulan dgn seberapa segera. Bikin orang maki menyumpah dan kutuk saja. Macam mana orang nak respek dan sanjung RTM kalau macam ni punya gaya?
Drama-drama yg disiarkan melalui RTM yg di heboh-heboh sebelum sesuatu siri di lancarkan dgn menjemput para Penerbit/Pengarah, pelakun atau yg berkaitan dgnnya sebagai mempromosikan drama-drama mereka, pun semuanya gembar gembor kosong saja lebih - seolah-olah menipu para penonton supaya mereka diheret untuk menonton siri-siri drama-drama mereka yg streotype, monotonous, tak berkualiti, hampeh yg memang jenis sampah sarap belaka.
Begitu juga dgn para pengacara RTM - semuanya macam apa kata 'survey' la .... Tiada Tarikan.
Tiada Tarikan di sini bermaksud kepada daya pemikiran, intelektual dan tahap respon si pengacara yang tidak menunjukkan tahap yang cerdas smart dan pintar..... itulah yang membawa kepada kurang daya tarikan.
Kebanyakan pengacaranya tidak berpengetahuan luas dan cetek dalam segi ilmu dalam segenap hal. Mereka harus versatile dalam segenap segi.
Ada juga sebilangan artis yang ada rupa sikit dan ada kaitan sikit dengan pihak atasan, sudah dikira layak untuk jadi pengacara majlis atau program. Maka timbullah tersasul sana tersasul sini, silap sana silap sini. Gugup sana gugup sini disebabkan tak buat 'homework' dan tidak bijak dan main hentam keromo saja.
Banyak yang memualkan, mengada-ngada lebih, melampau-lampau dan 'over'sampai naik meloya dan memualkan. Bila dah memualkan, mulalah tukar channel.
Begitu juga dalam siaran bercorak Forum atau 'TALK-SHOW' kebanyakannya tidak boleh dibanggakan. Bagi penonton yang tidak berminat dalam politik akan langsung hilang minat kerana laporan berat sebelah.
Satu lagi masalah audio visual yang malap dan hambar tu sememangnya dari dulu sampai sekarang, tak ada pembaharuan. Katanya sudah menggunakan sistem digital. Rasanya belum lagi sampai ke tahap itu.
Gangguan gambar dan gangguan suara (Audio/Visual) sering berlaku, boleh dikatakan setiap hari.
Lagi satu tentang seni artistik pihak RTM yang sememangnya tak pandai dan tidak kreatif.
Tengoklah setting dalam sesuatu show di RTM. Semua jenis tidak menarik langsung, jenis kuno. Lihat sajalah set pentas, lighting, background, pemilihan warna dan bermacam lagi yang tiada tarikan langsung
Memang segala-galanya malap dan hambar...
TIDAK MINAT RTM
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment