kadirjasin
Malangnya inilah yang sedang berlaku sekarang. Bekalan minyak masak tiba-tiba hilang atau berkurangan sehingga memaksa kerajaan mengehadkan setiap pembelian kepada lima kilogram mulai hari ini (7 Januari) seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sunday Star.
Gabungan kenaikan harga dan kekurangan bekalan sehingga memaksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melaksanakan catuan pastinya tidak memberi gambaran sihat mengenai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan pemerintahan negara.
Catuan bekalan adalah kaedah yang ekstrem yang lazimnya dilakukan ketika darurat besar atau oleh negara-negara daif yang tidak mampu menyediakan bekalan makanan yang cukup akibat kemarau atau kekurangan wang.
Apakah Malaysia sudah merosot menjadi negara daif atau telah mengalami darurat besar yang menyebabkan bekalan makanan putus?
Daripada perangkaan rasmi dan jerit pekik para pembesar serta para ekonomis mereka, Malaysia jauh daripada daif apatah lagi muflis. Sebaliknya pertumbuhan ekonomi dikatakan semakin kukuh, simpanan luar semakin besar dan inflasi terus terkawal.
Tetapi bagaimana bekalan minyak masak yang dikeluarkan dengan begitu banyak dalam negara dan dieksport pula ke merata dunia tiba-tiba hilang dari para pasar raya dan dari kedai runcit?
Maaf cakap, penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shafie Apdal, mengenai isu-isu perdagangan dalam negera selama ini, sama ada berkaitan kenaikan harga, kekurangan bekalan atau cetak rompak, adalah mengelirukan dan kurang meyakinkan.
Kenapa tiba-tiba berlaku kesuntukan bekalan minyak masak? Adalah kerana pengguna membeli berlebihan disebabkan oleh ada ura-ura mengatakan harga akan dinaikkan? |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment