KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

ADUAN SALAH LAKU KHIR TOYO

Khir Toyo beri tanah kepada syarikat Rokeng
Saidah Hairan
harakahdaily

SUNGAI BESAR, 15 Feb (Hrkh) - Ahli Umno Sungai Besar membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas tindakan rakus dan zalim terhadap rakyatnya.

Aduan itu dibuat oleh Abdul Aziz Suloh di ibu pejabat BPR Putrajaya 14 Februari, lalu.

Dalam aduan tersebut, beliau mempertikaikan tentang pemberian tanah kerajaan melalui projek penswastaan tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kepada syarikat Rokeng Corproration sdn. bhd.

Syarikat Rokeng No. 563347-D dimiliki oleh ahli majlis MDSB, Dato' Hj Mohamad Mosloro Abdullah dan Hamidah Ahmad.

Akibat pemberian tanah kepada syarikat Rokeng pejabat JPS akan dipindahkan kerana kawasan tanah itu akan dibina rumah kedai tiga tingkat.

Katanya semua urusan pemberian tanah kepada Rokeng Corportion dibuat melalui orang kuat Khir Toyo iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Masloro Ahmad.

Beliau turut membuat aduan tentang pemberian tanah dusun rancangan Merbau Berdarah Am 1, Mukim Sungai Panjang kepada rakyat di daerah Sabak Bernam yang diluluskan oleh mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Februari 2005 telah dibatalkan pada 20 Januari 2006.

Beliau mendakwa tanah tersebut telah diberikan kepada kroni-kroni Khir Toyo.

Dalam aduan itu juga Khir Toyo didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian 19 buah rumah di Taman Perwira daripada pemaju Perwira Bintang Sdn Bhd bernilai lebih RM3juta.

Sedangkan kata beliau, MDSB tidak mempunyai sumber kewangan dan diarah meminjam daripada Tabung Amanah SUK semata-mata mahu menyelamatkan projek perumahan yang tidak laku.

Tindakan rakus Khir Toyo telah menimbulkan kemarahan orang Melayu di Sungai Besar, tegasnya.

Tambah beliau, Khir berlagak baik ketika berada di luar Sungai Besar tetapi dengan pengundinya beliau seorang pemimpin diktator berlagak sombong dan cakap besar.

"Orang Melayu kalau sudah marah dengan sikap pimpinan Umno, jangan marah kalau Umno akan hancur," katanya. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive