PPP Minta MCA, Gerakan Dan MIC Bersikap gentleman
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas hari ini sekali lagi meminta pemimpin tiga parti komponen Barisan Nasional(BN) iaitu MCA, Gerakan dan MIC bersikap "gentleman" dengan memulangkan semula kerusi yang dahulunya pernah diperuntukkan kepada PPP.
Katanya PPP telah menghantar surat kepada setiausaha agung ketiga-tiga parti berkenaan pada Mac tahun lepas namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan.
Kayveas berkata pada satu ketika dahulu PPP diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), semuanya di Perak.
Katanya sedikit demi sedikit kerusi yang diperuntukkan kepada PPP ditandingi oleh parti komponen BN yang lain sehingga pada pilihan raya 1986 PPP kehilangan semua kerusinya.
Pada pilihan raya umum 2004 PPP diberi dua kerusi iaitu satu kerusi Parlimen iaitu Taiping, yang dimenanginya dan kerusi DUN Pasir Bedamar, tetapi kalah.
Menurut Kayveas, PPP mula kehilangan kerusi apabila presidennya Datuk Seri S.P. Seenivasagam meninggal dunia pada 1975 dan selepas itu pemimpin parti bertukar ganti dan parti menghadapi krisis dalaman termasuk kes mahkamah.
Kayveas berkata dua kerusi Parlimen yang pernah diperuntukkan kepada PPP di Ipoh Barat dan Batu Gajah diambilalih MCA manakala satu lagi di Beruas oleh Gerakan.
MIC pula, katanya mengambilalih kerusi DUN Sungkai, MCA mengambilalih tujuh kerusi DUN iaitu Ayer Tawar, Buntong, Teja, Sungai Raya, Pasir Pinji, Pusing dan Kuala Pari manakala Gerakan mengambilalih tiga lagi kerusi DUN iaitu Jalong, Pekan Baru dan Chemor.
Di dalam kekecohan Kayveas memohon kembali kerusi milik PPP, Berita Hairan menyiarkan berita yang berlainan tajuk pula,
"Kalau betul kita amalkan semangat setiakawan kita perlu meningkatkan hubungan antara parti komponen. Sebagai seorang yang gentleman, anda perlu memulangkan semula apa yang telah anda pinjam," katannya.
Komponen BN sepakat kekal jumlah agihan kerusi
KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam sepakat mengekalkan status quo pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.
Alahaiiiiii ..... Kesian Kayveas, diperbodoh bodohkan dek UMNO dan parti parti komponen yang lain. Tak der plan ke nak buat PPPDRAF untuk gantikan HINDRAF, PPP demarginalize....
0 comments:
Post a Comment