KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

UMNO PASANG BARUA SETIAP DAERAH

Oleh Mohd Roji Abdullah
hmetro

BATU PAHAT: Pergerakan Pemuda Umno Parit Sulong akan meletakkan `BARUA di semua daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Parit Sulong bagi mengesan sebarang salah laku serta pelanggaran peraturan pilihan raya yang dilakukan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Syed Hood Syed Edros, berkata kumpulan BARUA dari kalangan ahli pergerakan itu dibekalkan dengan kamera digital dan kamera video untuk memudahkan mereka mendapatkan bahan bukti.

Beliau berkata, mereka ditempatkan di 42 daerah mengundi meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dan DUN Sri Medan, mula hari penamaan calon 24 Februari dan terus membuat intipan sehingga selepas pengundian pada 8 Mac nanti.

“Kumpulan ini ditugaskan memantau setiap aktiviti pembangkang bagi mengesan sebarang kesalahan yang mereka lakukan termasuk aktiviti yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Mereka digerakkan sepanjang tempoh berkempen dan pendekatan ini dilakukan bagi memastikan pembangkang mematuhi peraturan pilihan raya,” katanya pemberita selepas pelancaran Pemuda Gerak Gempur Daerah Mengundi Parit Kuda, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Umno Bahagian Parit Sulong yang juga Exco kerajaan negeri, Ahmad Zahri Jamil dan timbalannya Datuk Ariss Samsudin.

Syed Hood berkata, Pemuda Umno Parit Sulong mempunyai ahli lebih 7,000 orang dan kira-kira 3,000 daripada jumlah itu digerakkan sebagai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di kawasan terbabit bersama kira-kira 2,000 lagi ahli Pemuda parti komponen BN yang lain.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive