KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

Najib Bodoh Atau Buat² Bodoh?

mkelana

fuel_protest_060310najib.jpg

Kenyataan Najib yang mendapat liputan muka depan akhbar rasmi UMNO, Utusan Melayu secara tidak langsung menunjukkan betapa bododnya Najib. Ataupun dia sendiri buat-buat bodoh. Saya sendiri kurang pasti. (Rujuk Negara kebajikan: Kita boleh bankrap)

Apakah benar perlaksanaan konsep negara berkebajikan bakal merugikan negara sampai ke tahap muflis? Apakah bisa berlaku andaikata kerajaan menjaga kebajikan rakyat dengan baik, negara menjadi mundur lalu ekonomi kian kendur? Apakah begitu nasib kepada negara yang menjaga rakyatnya dengan baik?

Perlaksanaan pendidikan percuma bukanlah suatu yang pelik. Di United Kingdoms dan Australia, pendidikan sudah lama percuma. Sejak saya kecil, saya bersekolah di sana. Tidak ada sebarang bayaran buku mahupun yuran persekolahan. Adakah kerajaan di sana bankrap? Yang saya nampak dek mata kepada saya, mereka maju dan bergerak kedepan dengan lebih bertenaga berbanding dengan kita.

Sukarkah untuk kerajaan membiaya kos pendidikan di universiti yang bagi seorang pelajar, lebih kurang puratanya RM100000. Sukarkah? Jika Sheikh Muzaffar boleh dihantar ke angkasa lepas dengan kos melebihi RM100 juta seorang, berapalah sangat nak dikira dengan RM 100 ribu? Jika komisen pembelian pesawat tempur Sukhoi dan kapal selam boleh menjejah sekitar RM1 billion, di mana Razak Baginda mendapat komisen RM500 juta, apalah sangat hendak dibandingkan dengan kos menghantar pelajar ke IPT?

Apakah penurunan harga minyak bakal memufliskan negara? Tidak cukupkah keuntungan daripada PETRONAS bernilai ratusan billion untuk menampung subsidi tak sampai puluhan billion? Untuk apa keuntungan PETRONAS kalau tidak dipulangkan kepada rakyat? Tidak cukupkah pembaziran yang dilambakkan PETRONAS kepada OPU-OPUnya? Hidangan makanan mewah setiap kali mesyuarat, penginapan 5 bintang tatkala outstation dan macam-macam lagi pembaziran lain. Apakah hanya pekerja PETRONAS layak mendapat laba daripada hak milik rakyat?

Banyak lagi yang mampu dilaksanakan tanpa memufliskan negara. Semuanya dengan syarat pemimpin tidak makan rasuah dan tidak mengutamakan perut kroni semata-mata. Dan Najib jugalah antara orang yang terkuat makan rasuah. Ini dibuktikan dengan laporan sebuah badan bebas dunia yang mengatakan rasuah paling banyak berlaku di Kementerian Pertahanan. Nah, siapa lagi kalau bukan menterinya?

Renung menungkan. Negara tak akan muflis kiranya kebajikan rakyat dijaga. Menjaga kebajikan tidak bermaksud memberi wang saku kepada penganggur. Bukan begitu. Kebajikan yang dimaksudkan ialah dari segi pendidikan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Yang tambah merencahkan lagi kebodohan bekas TPM (kerajaan dah bubar!) ialah kerana yang menjanjikan wang poket kepada penganggur adalah UMNO Kelantan. Beberapa ketika dahulu, Anuar Musa telah menjanjikan, kiranya Kelantan berjaya ditawan, penganggur akan diberi wang sara hidup. Eh, tak mufliskah nanti kerajaan?

Lawak…

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive