hanfeitsu
"Apa maksud kedatangan Pak Lah ke Johor semalam?" begitu soalan yang diajukan oleh seorang sahabat lama kepadaku tadi.
"Apa maksud kedatangan Pak Lah ke Johor semalam?" begitu soalan yang diajukan oleh seorang sahabat lama kepadaku tadi.
........................
Petang tadi, Fadli meminta saya menemannya untuk membeli tiket kapal terbang di Senai. Katanya, itu kali pertama dia membeli tiket kapal terbang, jadi khidmat nasihat saya diperlukan. Haha (^_^). Mungkin Fadli tidak tahu yang saya pun lebih kurang sahaja dengannya. Bukan setakat tidak pernah menaiki kapal terbang, beli tiket pun belum pernah. Cuma airport Senai ini tidaklah terlalu asing bagiku. Selalu datang ke sini untuk menjemput kaum keluraga yang tiba dari jauh.
Dipendekkan cerita, sewaktu sedang membeli tiket, kelihatannya sebuah pesawat khas mendarat dan ramai para pembesar negeri (bekas sahaja sebab DUN sudah dibubarkan) dan polis menanti di sana. Ya, ada orang 'besar' yang datang ke Johor, tetapi tidak ku ketahui siapakah gerangannya.
Dan, sewaktu Buletin Utama dipaparkan seusai maghrib tadi, berita tentang kehadiran Pak Lah ke Istana Bukit Serene Johor bagi menemui Sultan Johor dimuatkan. Cuma pihak media tidak memperoleh apa-apa maklumat tentang niat dan asbab kedatangan Presiden UMNO (bukan PM ya) itu ke Istana Bukit Serene.
Telahan kami semua di sini, dan juga sudah banyak khabar angin yang datang, menyebut bahawa Pak Lah mahu meminta perkenan Sultan agar Hishamuddin Tun Hussein dinaikkan sebagai MB Johor yang baru bagi menggantikan Ghani Othman.
Khalid Nordin tidak akan menjadi MB kerana peluang akan diberikan kepada Hishamuddin. Ketua Pemuda UMNO itu sudah tidak mampu lagi bertahan dengan rempuhan arus kebangkitan Khairy yang cukup menggila. Sudah pasti jawatan nombor satu di dalam pemuda UMNO akan ditandingi oleh menantu Pak Lah itu.
Jadi, sebagai give and take antara Pak Lah dan Hisham, maka dia demand untuk mendapat jawatan yang juga besar iaitu MB Johor sekiranya jawatan menteri tidak lagi akan disandangnya.
Ala kulli hal, kita tunggu dan lihat sahajalah percaturan politik yang Khairy strategikan. Dia yang menjadi player-nya sekarang. Lantas, mudah baginya untuk menyusun bidak-bidak caturnya demi kepentingan "agama, bangsa dan negara" mereka.
0 comments:
Post a Comment