KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

WABAK KRONISMA DAH MEREBAK KE ARTIS ... HANCUSSS


Kronisme dalam perfileman Malaysia?
utusan.

BUKAN saya tidak mahu berlakon filem, tetapi sikap penggiat filem kita lebih bersifat kronisme. Mereka lebih suka panggil kroni-kroni sendiri untuk berlakon daripada mengajak orang lain.

“Ini yang membuatkan saya rasa kecewa dan terkilan. Sebab mereka tidak pernah cuba panggil orang lain. Lagi pun bukannya pelakon lain tidak berbakat dan gagal berlakon dengan baik.

Demikian luahan pelakon tampan, Rashdan Baba atau nama sebenarnya Muhamad Rashdan Abd. Halim, 38, terhadap industri perfileman Malaysia yang dilihat masih mempunyai sisi pincangnya.

Setelah hampir 12 tahun melibatkan diri dalam bidang seni (lakonan), namun beliau tidak mengecapi populariti yang hebat. Beliau sekadar bertahan sebagai pelakon yang agak kurang menonjol.

Rashdan mengambil contoh dirinya sendiri. Meskipun bukan pelakon yang terlalu sempurna, beliau telah menjiwai dan memegang pelbagai watak yang mencabar dan memerlukan penghayatan yang luar biasa.

“Contohnya saya sendiri, untuk mengatakan saya tidak pandai berlakon, rasanya sudah bermacam watak yang saya lakonkan termasuklah watak mak nyah dan juga orang gila. Lagipun, saya 12 tahun terlibat dalam dunia lakonan, adakah mungkin masih lagi dipertikaikan?

“Sebab itu kalau kita tengok saja filem tempatan sekarang, hanya muka yang sama sahaja berlakon. Kesannya ialah industri kita sendiri. Tidak berkembang langsung sebab walaupun ada pelakon yang berbakat, tetapi tidak diketengahkan hanya kerana sikap memilih kroni,’’ tambahnya.

Nama Rashdan Baba telah mula dikenali selepas membintangi sebuah drama bersiri berjudul Rosanita bersama Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, yang ditayangkan di RTM1 sekitar 10 tahun lalu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive