KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

Ayah Ngah diperdaya Idris Jusoh

Dianiyai dan dikhianati oleh Idris dan UMNO – Cikgu(B) Zakaria Ali masuk wad
buletinonline.
Friday, 15 February 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/ayahngah2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 14 Feb – Akibat tekanan berat yang dihadapi, Cikgu Zakaria telah dimasukkan ke wad Psikatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nurzahirah, disini hari ini.

Buletin Online yang turut bersama menziarahi beliau, mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk menolak Idris dan kepimpinan UMNO/BN Terengganu yang telah memperalatkan seorang warga emas yang tidak berdaya untuk tujuan politik.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/ayahngah1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Menurut Fariz Irwan Mustaffa, ‘Ayah Ngah’ telah memberitahu beliau bahawa sebenarnya dia(Cikgu Zakaria) telah diperdaya, dikhinati dan dianiya oleh Idris dan kepimpinan UMNO Terengganu.

“Mereka telah merancang segalanya, termasuk menyiapkan ‘skrip’ untuk ucapan Cikgu Zakaria pada malam 9 Februari yang lalu,

“Ayah Ngah kata dia tak isi borang UMNO pun” jelas Fariz Irwan.

Cikgu Zakaria@Supar Ali, Abang kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah menimbulkan kegemparan enam hari yang lalu apabila didakwa masuk UMNO oleh Idris, sewaktu majlis perasmian Perkampungan Hadhari, Marang Terengganu.

Dato’ Mustaffa Ali hanya menjelaskan keadaan Cikgu Zakaria yang sakit, dan bersara awal kerana mendapat rujukan ‘medical board’ semasa membuat respon terhadap isu bekenaan. Dato’ Musaffa hanya berpesan kepada Idris supaya ‘menjaga abangnya baik-baik’.

Manakala Fariz Irwan didalam kenyataan balasnya telah menhantar kepada media, bukti bahawa Cikgi Zakaria telah lama masuk UMNO dengan menghantar salinan kad pengenalan serta slip keahlian UMNO yang diakses melalui Laman Keahlian UMNO.

Rujuk berita terdahulu
UMNO MASUK UMNO ... He He He

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/zakali.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

dakapan 'aneh' Deris kepada Zakaria

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive