Dikenali dengan nama Pak Idris. Berbasikal menghantar cucunya kesekolah membantu anak nya yang berkerja di laut. Pernah menjadi ahli UMNO pada tahun 1970an dan aktif di dalam pertubuhan itu sehinggakan masa hidupnya dihabiskan untuk menaikkan nama UMNO.
Aku berkesempatan untuk menemubual beliau yang dahulunya sahabat karib arwah ayahku yang ketika itu berseteru atas fahaman politiknya. Setelah pemergian arwah ayah, Pak Idris terus berkhidmat dengan PARTI UMNO sehinggalah permohonan tanahnya ditolak oleh Wakil Rakyat di Kampung yang dijulangnya untuk sekian lama. Sejak itu Pak Idris sudah melupakan UMNO sehinggalah hari ini.
Ketika itu wakil rakyat bergelar Dato yang seingatnya akan membantu beliau sekiranya dia menang. Sedangkan selepas kemenangan dicapai, tanah yang berada di bandar yang cuba dimilikinya, disapu oleh kroni Dato tersebut dan sekarang tanah itu sudah dibangunkan sebuah Supermarket yang besar.
Pak Idris sehingga sekarang di nafikan segala permohonnya termasuk buku bantuan sekolah untuk anak cucunya dan sekarang baru baru tahun ini beliau merasa buku bantuan sekolah namun yuran sekolah masih perlu dibayar, malah semakin mahal berbanding tahun tahun dahulu.
Pak Idris menumpang hidup bersama anak lelakinya yang mencari nafkah sebagai nelayan. Kehilangan isteri pada tahun 1988 dan sehingga sekarang berharap agar sisa sisa nya dihabiskan dengan melakukan apa sahaja kerja untuk meringankan tanggungan anaknya itu.
Nasihat beliau pada ku," BN akan buat apa sahaja sebelum Pilihanraya dan selepas itu semua janjikan terkubur bersama kesibukan pemimpin yang tidak langsung turun padang. Pemimpin BN tidak seperti dahulu, mereka lebih pentingkan diri sendiri dan perniagaan mereka berbanding tanggung jawab mereka kepada rakyat. Pergi ke pejabat wakil rakyat letak borang dan kemudian ambil pada keesokan harinya. Batang hidung mereka tidak kelihatan."
Sambungnya," Para pemimpin BN, menjadi wakil rakyat untuk membesarkan empayar perniagaan mereka. Sehingga ada pemimpin yang berbangga dengan harta mereka tidak habis sehingga 7 keturunan. Maka apa lagi yang akan tinggal sekiranya kuasa mereka tidak disekat dan undi kita terus kepada BN?"
Jadikan sejarah hidup Pak Idris sebagai pengajaran. Dari usia muda berjuang kononnya untuk bangsa dan agama, tetapi bila sudah tua tidak mampu tinggalkan apa pun harta untuk anak. Malah menyusahkan kehidupan keluarga anaknya.
Beliau menitiskan air mata bercerita tentang kehidupannya yang dahulu tidak sebegini. Di umpan dengan janji manis tetapi hakikatnya dengan tulang 4 kerat itu lah beliau cuba berjuang untuk hidup. Ramai Melayu yang merempat kerana mereka beranggapan bahawa nasib mereka dibantu oleh parti bangsa Melayu UMNO. Namun hakikat adalah disebaliknya. UMNO tidak seperti MCA yang pentingkan tanggung jawab disamping kepentingan diri. TEtapi UMNO di dalangi oleh spesis yang bijak ambil kesempatan untuk kepentingan kuasa dan diri. Akhir nya melayu hanya menang berangan angan lantas hari tua menanti kemudian hari dengan tiada apa pun yang boleh dibanggakan.
Jangan bazirkan masa depan anda bersama UMNO kerana kepimpinan UMNO dan BN adalah dari golongan mereka yang tamak dan haloba, Pandai berlakun, ketawa dan bersedih tetapi di dalam masa yang sama menjadi lukah dipergentingan. Pandai ambil kesempatan keatas kepercayaan rakyat kepada mereka.
Pesan Pak Idris lagi, "Pakcik dah bazirkan masa selama hampir 25 tahun berjuang bersama UMNO, dan hasilnya untuk mencari sesuap Nasi pun terlalu sukar."
Aku tinggalkan Pak Cik Idris diluar sekolah. Beliau terus menanti cucunya berseorangan sehingga tengahari sambil menyesali masa lalu yang dibazirkan bersama perjuangan UMNO yang keliru dan bercelaru. Mereka berjuang hidup dan mati dengan UMNO. Yang hidup UMNO, yang mati adalah penyokongnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment