Tian Chua Dan Pak Amjal Ditahan Selepas Buat Kecoh Di Istana Negara
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Baruanama) -- Ketua Penerangan Parti Keadilan (PKR) Tian Chua dan seorang penyokong PKR yang hanya dikenali sebagai Pak Amjal ditahan selepas berlaku kekecohan kecil di perkarangan Istana Negara di sini petang tadi.
Tian Chua sebelum itu terlambat tiba untuk menyertai Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk menyerahkan memorandum bantahan pilihan raya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada wakil Istana Negara.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abdul Rahman berkata dalam perhimpunan kecil yang tidak mempunyai permit itu pada kira-kira pukul 4 petang itu, polis yang bertugas telah bersetuju untuk membenarkan empat orang wakil BERSIH menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada pihak Istana Negara.
"Kita dah bagi tahu kalau nak serah memorandum tu, kita bagi empat orang saja wakil serahkan. Tapi bila Tian Chua sampai lambat dan cuba nak masuk juga berlaku sedikit kekecohan," katanya kepada pemberita di sini.
Azri berkata selepas memorandum bantahan pilihan raya itu diserahkan, polis meminta sekumpulan hampir 50 orang penyokong BERSIH bersurai supaya tidak mengganggu ketenteraman di situ, tetapi mereka enggan dan menyebabkan polis terpaksa menahan Tian Chua dan Pak Amjal untuk meredakan keadaan.
Tian Chua dan Pak Amjal ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut.
Antara bantahan dalam memorandum yang diserahkan adalah dakwaan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanipulasikan undi pos dan proses dakwat kuku yang dikatakan tidak telus.
No2umnO - Apa lah bangang polis ni kerana beri alasan LAMBAT SAMPAI untuk tahan Tian Chua ..... Dah gila Malaysia nihhhh.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment