KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 15, 2008

KAYVEAS MENGAMUK KERANA BN TENDANG KESANA KEMARI


Jangan tendang sana, sini'
hmetro

KUALA LUMPUR: "Lebih baik saya berhenti sahaja daripada politik ini kalau satu penggal tendang sana tendang sini, tak boleh la macam ini, PPP (Parti Progresif Penduduk) pun ada maruah.

"Jangan jadikan kita seperti anak angkat, saya tak boleh tahan lagi, kalau saya jadi presiden PPP dua tiga tahun mungkin tak apa, tapi saya dah jadi presiden 15 tahun.

"Lima tahun lagi orang kata saya sudah lama dan minta turun dari jawatan," kata Presiden PPP, Datuk M Kayveas, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan parti itu bagi membincangkan persiapan pilihan raya umum (PRU), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi PPP akan diberikan satu kerusi Parlimen, tetapi mungkin bukan di Taiping yang dimenangi Kayveas pada PRU 2004.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau perlu bertanding di Taiping kerana semua persiapan sudah diatur di kawasan berkenaan termasuk membuka bilik gerakan, poster dan sebagainya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive