Anggota polis lumba haram
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis yang sedang bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, dikesan mengisi ‘masa lapang’ dengan merempit di sekitar ibu kota.
Lelaki berusia 21 tahun dan bertugas di Johor itu dikesan menunggang mengelilingi Bulatan Pahang sambil ‘melayan’ selekoh di bulatan itu dengan motosikalnya sehingga mengeluarkan percikan api pada pedal pemijak kaki.
Perbuatan jijik lelaki itu bersama dua lagi Mat Rempit diperhatikan anggota Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur yang melakukan operasi rutin pada malam perayaan.
Aksi berbahaya anggota polis terbabit bagaimanapun berakhir apabila dia dicekup tidak lama selepas itu.
Malah, ketika dicekup lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dengan harapan tidak dikenakan tindakan.
Sangkaan lelaki itu bagaimanapun meleset apabila perbuatannya tidak dapat ‘dimaafkan’ dan dia ditahan untuk membantu siasatan.
Sebagai anggota polis, lelaki terbabit sepatutnya menjadi ikon yang berguna kepada masyarakat dalam mendidik golongan remaja lain supaya menjauhi kegiatan tidak berfaedah terutama merempit, sebaliknya menjadikan kariernya sebagai ‘lesen’ untuk mengelak ditangkap.
Dia adalah antara tiga Mat Rempit dan seorang pembonceng yang ditahan dalam operasi rutin Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
Turut ditahan, seorang remaja berusia 19 tahun yang juga anak seorang anggota polis di ibu kota.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment