utusan.com. 09/02/2008
TANAH MERAH 9 Feb. _ Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berdendam dengan para penyokong Pas sekiranya ia kembali menguasai pemerintahan Kelantan kelak.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, semua pihak termasuk yang berkhidmat dengan kerajaan negeri terutamanya tidak harus bimbang tentang kemungkinan itu kerana ia tidak akan berlaku.
Katanya, BN tidak akan mencontohi sikap kasar dan adakalanya seakan tidak berperikemanusiaan sebagaimana Pas apabila ia mengambil alih pemerintahan Terengganu pada tahun 1999.
``Kita tidak akan bersikap sedemikian, tidak semacam Pas di Terengganu yang melakukan banyak perkara seperti menahan kereta Exco di tengah jalan dan mengunci pintu masuk Wisma darul Iman (pusat pentadbiran negeri).
“Banyak yang dilakukan Pas selepas itu boleh kita anggapkan kasar, tanpa peri kemanusiaan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Rejimen Sempadan Tentera Darat di Kem Batu 11, di sini hari ini.
No2umnO - Banyak perkara dan sejarah telah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada Najib. Pernyataannya sering berlawanan dari apa yang dikatakan. Kalau dia lapar, makna nya dia kenyang. Kalau dia kata bersih, bermakna dia kotor. Kalau tidak terlibat bermakna terlibat. Kalau tak kenal bermakna dia kenal. Kalau tidak dendam bermakna dia berdendam. Kalau benar tidak dendam, maka rakyat akan dibantu tidak kira parti. Tetapi ianya PASTI berlaku sebaliknya. Sejarah sudah membuktikan. Kalau masih ada yang percaya kepada NAJIB, maka teruk benarlah orang itu.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment