KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 9, 2008

BN SELANGOR SUDAH GABRA

Elaun Nazir Masjid Di Selangor Naik 100 Peratus

SHAH ALAM, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor mengumumkan kenaikan kadar elaun nazir masjid sebanyak 100 peratus manakala timbalan nazir dan bendahari pula akan menikmati elaun mulai tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika mengumumkan kadar baru elaun itu, berkata nazir masjid akan menerima sebanyak RM200 sebulan berbanding RM100 sebelum ini.

Selain itu, katanya pegawai masjid seperti timbalan nazir dan bendahari yang sebelum ini tidak menerima elaun kini akan dibayar RM100 sebulan manakala elaun setiausaha dinaikkan dari RM60 kepada RM100 sebulan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pegawai, ahli jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri Selangor di sini hari ini.

Dr Mohamad Khir berkata kenaikan kadar baru elaun itu akan menelan belanja RM200 juta dan ia adalah sebagai menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai masjid di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Mohamad Khir memberi amaran bahawa nazir yang membenarkan ceramah politik di masjid dan surau akan dipecat dengan serta-merta.

Katanya kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana nazir masjid yang membenarkan kegiatan tersebut diadakan di premis jagaan mereka kerana ia bukan medan politik bagi parti pembangkang atau parti pemerintah.

"Tidak kira Umno, Pas mahupun PKR (Parti Keadilan Rakyat), kalau ada ceramah politik di mana-mana masjid di Selangor saya akan pecat nazirnya serta merta," katanya.

Dr Mohamad Khir berkata perkara yang membabitkan isu agama tidak boleh dicampurkan dengan fahaman politik sebaliknya semua pihak perlu memelihara kesucian tempat ibadat itu.

Misalnya, katanya, seorang nazir masjid di Damansara dipecat bulan lepas kerana membenarkan ceramah politik membabitkan sebuah parti pembangkang dengan penceramah jemputan tidak bertauliah.

Sehingga ini, terdapat 359 buah masjid dan 1,800 surau di negeri itu.

No2umnO - Memusykilkan. Kenaikan elaun ketika musim pilihanraya. Dipanggil "ELAUN MUSLIHAT". Kalau anda susuri jalan di Selangor, anda akan lihat deretan bendera Keadilan dan PAS. Belum pun istihar tarikh pilihanraya tetapi keadaan sungguh bersemangat. Tidak mustahil UMNO dan BN selangor tidak lihat perbezaan dibanding tahun tahun lepas. Kerana itu maka, pihak nazir dinaikkan elaun. RM200 ceritanya macam RM200 juta.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive