n32.blogspot.
Dollah kelihatan terpaksa mempertahankan rekod “kerja kuat” nya dihadapan rakyat sedangkan ia tidak pernah pun diungkapkan secara terbuka oleh mana-mana PM pun sebelum ini. Kuat tidak kuat atau keras tidak keras seseorang PM bekerja dapat dilihat dari suasana sekeliling kita. Jika malap, pudar dan tidak meyakinkan, maka rakyat sendiri akan menghukumnya. Tuan punya badan tidak perlulah bersusah payah menggambarkan sesuatu yang ada atau tidak kepada rakyat, kecualilah rakyatnya benar-benar buta atau rabun.
Sebenarnya rakyat secara berani telah mula mengulas dan memperkatakan darihal rekod kepimpinan Dollah ini apabila bekas PM Tun Dr Mahathir telah secara terbuka mendedahkannya. Mungkin ada diantara kita yang benci dan marah pada Tun tetapi dalam kes BN dan rekod Perdana Menterinya, siapakah yang lebih baik untuk menilai jika tidak tokoh yang telah menyerahkan kuasa kepada PM yang baru ini.
Tun lah yang telah mendedahkan darihal kelemahan Dollah, dan dari situ rakyat mula membuat perbandingan antara Tun dan Dollah. Bagi mereka yang celik, khasnya yang di kalangan ahli, pimpinan dan penyokong Umno dan BN sudah pasti dapat melihat dan mengesannya. Cuma mungkin oleh kerana Dollah adalah PM maka tidak ada siapa yang berani berterus-terang walaupun hakikatnya ia adalah benar (Mengingatkan saya kepada Emperors New Clothes). more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment