MB perjelas kelonggaran syarat lesen
bharian
SHAH ALAM: Selangor melonggarkan syarat pengeluaran lesen kepada pengusaha barangan lusuh dan besi buruk bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai kaum India untuk terbabit dalam bidang perniagaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bagaimanapun berkata, kelonggaran itu dengan syarat premis barang lusuh dan lusuh itu terletak di kawasan industri dan tidak membeli barang tembaga, besi atau aluminium yang dicuri.
Beliau berkata, sejak kerajaan negeri bersetuju untuk melonggarkan syarat pengeluaran lesen itu, sebanyak 21 permohonan diterima daripada pengusaha besi buruk dan barang lusuh yang beroperasi secara haram di negeri itu.
“Kita menyediakan banyak ruang niaga kepada pengusaha kaum India di tapak industri dan mereka hanya perlu membuat permohonan kepada pihak berkuasa.
“Jika menepati syarat seperti tidak beroperasi di tepi jalan, jauh daripada kawasan perumahan dan tidak membeli barang curi, kerajaan negeri sedia mengeluarkan lesen.
“Tetapi kita amat berharap pengusaha besi buruk dan barang lusuh ini tidak mengambil kesempatan dengan membeli barang curi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan Jentera Pilihan raya Pemuda MIC Selangor di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Beberapa tahun lalu, kerajaan negeri mengetatkan pengeluaran lesen bertujuan mengurangkan pengusaha besi buruk dan barang lusuh berikutan meningkatnya kes kecurian barangan berasaskan besi di negeri itu.
Lebih 1,000 pengusaha besi buruk dan barang lusuh beroperasi di negeri itu, termasuk secara haram menyebabkan persaingan sesama mereka adalah tinggi, sedangkan bekalan besi buruk semakin berkurangan.
Permintaan yang tinggi mendorong pihak tidak bertanggungjawab mencuri barang berasaskan besi, termasuk pagar masjid, penutup longkang, malah pagar seorang Exco negeri turut dilaporkan dicuri. More...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment