KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 9, 2008

PM selalu terlena kerana kerja berhempas-pulas

penarikbeca.blogspot

Dalam berita bertajuk "PM: I work very hard", The Star hari ini melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau berkerja keras untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Akhbar itu memetik beliau berkata:

“Some of you can say that I’m not good, you can say whatever. But don’t say that I don’t work.
“I work very hard. I really mean it and you know it”.
Berita Harian hari ini pula melaporkan beliau berkata:
"Jika mereka menganggap mereka bekerja keras, saya sudah bertungkus lumus selama ini. Saya bekerja bukan untuk diri sendiri tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab saya kepada rakyat. Ini amanah yang perlu saya bawa.

"Ketika ini saya bekerja berhempas-pulas berusaha untuk menjayakan dan memastikan setiap perancangan yang sudah diatur dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dapat dicapai tanpa sebarang masalah".
Oleh kerana Perdana Menteri boleh naik angin kalau dikatakan beliau tidak berkerja, semua mesti kata Perdana Menteri memang berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas selama ini. Yakinlah, sebab itu kita dapat merasakan Perdana Menteri selalu keletihan.

Baru-baru ini, seorang professor madya memberitahu, ketika menghadiri taklimat yang diberikan oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) beberapa tahun lalu, mereka terpaksa menanti sehingga 45 minit.

Memanglah terlambat sedikit. Perdana Menteri berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas, tentulah beliau keletihan. Kalau lambat, bukan sebab nak bangun tidur pun liat tetapi memang tak sempat. Bukan senang nak mengejar masa. Maklumlah, "Saya Perdana Menteri"

Jangan lupa Perdana Menteri pernah berkata, "Apa yang saya sedang fikir sekarang ini ialah kerja, banyak kerja ni, janji pilihan raya dulu dok tengah buat".

Hakikat bahawa Perdana Menteri "banyak kerja ni" dan tidak sempat menunaikan janjinya tidak pernah difahami oleh orang yang bertanggungjawab mengangkat Perdana Menteri yang berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas itu.

Sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan bahawa Perdana Menteri adalah dari jenis yang tidak menunaikan janjinya. Menurut Dr Mahathir, orang menentang Perdana Menteri bukan kerana janji-janjinya tidak bagus tetapi kerana janji-janji itu tidak dilaksanakan.

"Dan ia tidak dilaksanakan kerana sebenarnya tiada kesungguhan... Kita tahu bahawa beberapa projek telah diberikan (kepada beberapa pihak), tetapi kita tidak melihat tender diiklankan. Sebagai contoh, (projek) jambatan kedua Pulau Pinang yang sepatutnya diberikan kepada UEM, saya fikir... tidak ada tender sebenar (untuk projek itu)," katanya.

Berbalik kepada cerita di PICC, professor madya itu seterusnya memberitahu, selepas habis Perdana Menteri berucap, seorang professor dari Universiti Malaya bangun dan berkata lebih kurang begini: "Selepas kami menunggu kedatangan Perdana Menteri sehingga 45 minit dan menunggu begitu lama untuk mendengar Perdana Menteri berucap, bolehkah kami tahu apa yang Perdana Menteri nak beritahu?"

Tentulah kerana beliau keletihan berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas, Perdana Menteri tidak sedar beliau sebenarnya disindir oleh professor itu. Berani sungguh professor wanita itu menyindir Perdana Menteri.

Oleh kerana Perdana Menteri tidak sedar beliau sebenarnya disindir, beliau mungkin merasakan professor itu dari jenis bodoh tahap tingkat lima. Dan, mungkin kerana beliau merasa professor itu jenis bodoh yang boleh dijual sekupang tiga oleh tingkat empat, Perdana Menteri marah-marah.

Professor madya itu seterusnya memberitahu, Perdana Menteri lalu mendebik professor itu dan berkata lebih kurang begini: "Begitu lama saya cakap, takkan tak faham-faham. Takkan tak tau apa yang saya nak beritahu".

Tidak percaya lagi Perdana Menteri berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas?

Perdana Menteri memang terpaksa berkerja keras kerana mempunyai menteri-menteri yang terlebih cerdik (kalau kata dia bangang, nanti dia marah pula) seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Mohd Shafie Apdal.

Shafie kata, isu kenaikan harga barang tidak untungkan pembangkang. Memanglah, bukan sahaja pembangkang yang tidak untung. Malah, rakyat lebih rugi lagi kerana harga barang hampir kesemuanya naik. Sedangkan, gaji kebanyakan rakyat tidak naik-naik.

Beliau juga berkata, harga barang di negara ini "masih lebih rendah berbanding di negara lain". Memanglah, harga barang negara kita lebih rendah dari harga barang di Jepun, Amerika Syarikat, England atau Singapura. Tetapi, adakah taraf hidup dan pendapatan per kapita rakyat di sana lebih rendah atau sama dengan taraf hidup dan pendapatan per kapita rakyat?

Nak kata menteri tu bingai, bangang dan bongok, takut dia tersinggung pula.

Masih tidak percaya lagi Perdana Menteri berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas?

Jangan lupa, Dr Mahathir pernah memberitahu:

His attention span is very short and everybody tells me... that he goes to sleep, even while cases are being presented to him... He tends to let his advisors tell him what to do.

Tak percaya lagi berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas? Bayangkan betapa teruknya beliau bertungkus lumus dan berhempas-pulas sehingga Dr Mahathir menyatakan Perdana Menteri selalu terlena walaupun pelbagai perkara dibentangkan kepadanya.

Bayangkan betapa teruknya beliau bertungkus lumus dan berhempas-pulas sehingga Dr Mahathir menyatakan Perdana Menteri terpaksa meminta meminta penasihat-penasihatnya memberitahu beliau apa yang patut dibuat? Semua itu berlaku kerana Perdana Menteri terlalu letih dek kerja keras. Berhempas-pulas!

Jangan cuba-cuba nak tuduh Perdana Menteri tidak berkerja keras. Jangan cuba-cuba nak tuduh kerana sudah berkali-kali Perdana Menteri buktikan beliau memang berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas.

Tidak ingatkah, begitu teruk Perdana Menteri bertungkus lumus dan berhempas-pulas sehingga beliau terpaksa memantau banjir dari Perth sambil berjamu nasi kandar?

Jangan kata Perdana Menteri tidak berkerja keras. Nanti dia marah. Sebenarnya, banyak lagi bukti berkerja keras, bertungkus lumus dan berhempas-pulas. Kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya, baca semua yang di bawah ni:

I am ... I said (Ahirudin Attan)
A Godsend who works bloody hard (Jeff Ooi)
"I work very hard ... and you know it," says Pak Lah (Ahirudin Attan)
PM: I work hard to fulfil duties (Jimmy E Jelani)
Don't say that I don't work - Pak Lah (Kak Ton)
Solfeggio (Acciaccatura)
Would you believe it? PM said he work hard (Husin Lempoyang)
I work hard for my money (Caravanserai)
Hardworking Prime Minister... (Nuraina A Samad)
Sin Chew Daily takes on sleepy head Pat Lah....... (Ali Allah Ditta)
PM: I work very hard! (Din Tualang)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive