KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

Ada Abdullah memohon maaf?

penarikbeca

Mungkin ramai yang sudah terlupa berita Utusan Malaysia bertajuk "Nik Aziz mohon maaf kesilapan kerajaan negeri" yang disiarkan selepas pilihan raya umum ke-11 2004 yang lalu. Tok Guru merendah diri memohon maaf. Soal dia cadang atau tidak cadang, soal dia buat atau tidak buat, itu soal lain. Dia ketua kerajaan negeri Kelantan, dia bertanggungjawab.

Lantaran itulah Tok Guru memohon maaf dan mungkin rakyat Kelantan telah memaafkannya.

Polis mengganasi rakyat yang memprotes harga minyak (Ihsan Malaysiakini)

Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh dianggap kalah di Semenanjung dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Setakat ini, saya tidak ingat membaca mana-mana laporan bahawa Abdullah memohon maaf. Tidak juga dalam wawancara ini. Mungkin ada, tetapi saya tidak baca dan tidak juga terjumpa.

Anda pernah melihat, mendengar atau membaca mana-mana media melaporkan Abdullah memohon maaf?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive