Agendoldaily
Pengumuman jemaah menteri oleh Perdana Menteri hari Selasa yang tidak menyenaraikan wakil Wanita UMNO menyaksikan pergerakan itu mengadakan mesyuarat exco tergemparnya hari ini yang difahamkan bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kedudukan wakil wanita di dalam kabinet. Selain itu, salah seorang exco wanita yang ditemui selepas mesyuarat exco pergerakan itu berkata, Ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz turut menyatakan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu. Rafidah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut di ibu pejabat Wanita UMNO di Menara Dato' Onn Kuala Lumpur bagaimanapun mengelakkan diri daripada ditemui wartawan. Difahamkan juga sekumpulan exco dan ahli-ahli wanita UMNO telah pergi ke Putrajaya dalam usaha untuk menemui Perdana Menteri bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka berhubung dengan ketiadaan wakil Wanita UMNO di dalam kabinet.
Wanita UMMO…patah sayap terbang jua
Pergerakan Wanita UMNO juga menghadapi tsunami dalam kabinet baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ia tidak ada seorang pun wakil dalam kabinet bila Datuk Seri Rafidah Aziz digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Datuk Shahrizat Jalil ,bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga tewas di kerusi parlimen Lembah Pantai.Sebaliknya produk Puteri UMNO Datuk Azalina Othman Said kekal dalam kabinet ditukar dari Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Pelancongan.Juga Ketua Puteri sekarang Datuk Noraini Ahmad,ahli parlimen Parit Sulong dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
1 comments:
RAFIDAH PUN BERKATA ; WAHAI WANITA2 UMNO SEMUA! INI TIDAK ADIIIILL...! TUMIT YG PATAH PUN BELUM COVER LAGI.
Post a Comment