alhusseyn51
Kini, telah masuk hari kesembilan, namun Terengganu masih tidak punyai Menteri Besar. Rakyat negeri lain telah menerima perkenan istana masing-masing berhubung jawatan menteri besar.
Kemelut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Idris Jusoh yang tidak menerima perkenan Tuanku menjadi semakin kusut dan sukar dirungkai, apabila tindak-tanduknya berhimpun haram dan tandatangan petisyen oleh juak-juaknya, seolah-olah ‘berseteru’ dengan Tuanku Sultan Mizan. Laporan Buletin Online Tiada petunjuk jelas mengenai persediaan bagi mengadakan majlis itu. Semua pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta pihak media menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh pihak istana.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong pula dilaporkan enggang menjawab sebarang soalan berkaitan dengan isu itu.
Sementara dari satu sumber Umno Terengganu yang diterima lewat malam ini pula 'mengesahkan' bahawa Idris sudah pasti tidak akan dilantik menjadi MB Terengganu. Nama Adun Telok Pasu, Abdul Rahin Mohd Said (foto) dikatakan sudah diperkenan oleh Sultan Terengganu untuk mengganti Idris.
"Nama Datuk Rahin adalah satu-satu nama setakat ini yang diperkenankan oleh Sultan," ujar sumber berkenaan. Lihat laporan MSO di sini
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment