Bas ini tidak membawa pelajar atau perantau tetapi membawa pengundi hantu dari Keluang, Johor!
buletinonline
Marang, 16 Mac – Kenyataan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri(TPM), Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihanaraya(SPR) yang menyatakan bahawa "tidak ada pengundi hantu yang masuk ke Terengganu" adalah tidak benar dan jauh dari realiti yang berlaku pada hari pengundian 8hb Mac yang lalu
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Encik Ariffin Deraman ketika dihubungi oleh Buletin Online hari ini.
Kita sedang menerima banyak gambar-gambar dan dokumen dari seluruh negeri Terengganu yang kita akan klasifikasikan secara ‘detail’, untuk dijadikan bukti bahawa memang wujud pengundi hantu dan dakwaan kita adalah benar” tegas En. Ariffin.
Pada 5hb Mac lalu, Dato’ Seri Najib menegaskan, tiada istilah pengundi hantu dalam pilihan raya dan apa yang dihebohkan itu adalah perantau yang pulang semata-mata untuk mengundi.
(Foto : gambar semua penumpang dalam bas.... adakah mereka pelajar atau perantau rakyat Terengganu yang bekerja diluar)
Terdahulu dari itu, pada 2hb Mac, Suruhanjaya Pilihanraya menafikan wujud 'pengundi hantu' di Kelantan dan Terengganu sebaliknya ‘percaya’ mereka adalah anak tempatan yang merantau ke negeri lain dan pulang ke kampung untuk mengundi.
Kenyataan TPM dan SPR itu adalah respon terhadap amaran kepada pengundi hantu oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abd Abd Hadi Awang dan pendedahan PesuruhJaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hj Mustafa Ali berkaitan sejumlah 85,000 pengundi hantu yang akan masuk ke Terengganu menjelang pilihanraya umum yang lalu.
Pengundi-pengundi misteri yang wujud dalam senarai pemilih ini dipanggil pengundi projek oleh pihak UMNO/BN Terengganu dan disahkan sebagai ‘pengundi khusus’(special voter) oleh Ketua Polis Negara pada 8hb Mac lalu.
(Foto: kita perbesarkan gambar mereka untuk melihat wajah sebenar hantu)
“Pengundi-pengundi bukan rakyat Terengganu dan tidak ada kena mengena dengan politik Terengganu, yang didaftarkan sebagai pengundi dan disahkan oleh SPR,
“konspirasi pihak-pihak yang berkuasa dengan secara terancang bagi tujuan memenangkan UMNO/BN dan mengalahkan parti lawan khususnya PAS di Terengganu” terang Encik Ariffin Deraman bila diminta mengulas tentang maksud pengundi hantu.
(Foto: kita bahagikan gambar kepada dua supaya lebih jelas, adakah mereka pelajar ?)
Justeru, pihak Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu yang telah menerima banyak maklumbalas orang ramai yang menghantar gambar serta dokumen pengundi hantu yang datang dengan bas untuk mengundi di Terengganu.
“Kita menerima banyak gambar, salah satu darinya adalah gambar sebuah bas yang datang dari Keluang Johor, siap dengan senarai nama pengundi dan rakaman perbualan dengan pemandu bas tersebut,
“tidak seorang pun dari penumpang bas tersebut adalah rakyat Terengganu dan bukan juga terdiri dari para pelajar.” kata Encik Ariffin Deraman lagi.
Dalam pendedahan Pesuruhjaya PAS Terengganu, sehari sebelum hari pengundian, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS mendapat maklumat terdapat kira-kira 190 buah bas serta 2000 buah kereta yang akan masuk ke Terengganu dan Kelantan dari pelbagai penjuru khas membawa pengundi ‘luar’ yang didaftarkan di negeri Terengganu dan Kelantan sebagai pengundi yang sah.
Katanya, bas tersebut didapati juga bukan sahaja membawa para pelajar dari pusat pengajian tinggi tetapi diselit dengan orang-orang yang bukan pelajar.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan pihak luar sebagai pengundi di Terengganu dan Kelantan.
(Foto : Nah... ini senarai nama mereka..... adakah mereka rakyat Terengganu)
Beberapa hari sebelum pengundian 8hb Mac, Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, memaklumkan kepada pimpinan UMNO bawahan dalam satu perjumpaan dan memberi jaminan Barisan Nasional akan memenangi Pilihanraya Umum kali ke 12 berdasarkan dua perkara; pengundi projek(hantu) dan penggunaan lesen ‘terbang’ (kad pengenalan palsu) yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Klik Sini Untuk Dengar/Download Rakaman Perbualan
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment