tranungkite
Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi'iyy. Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut.
Berasaskan kepada alasan tadi, Dato Mufti Sabah bertekad untuk membatalkan ceramahnya. Tetapi Mufti Perlis khabarnya masuk juga ke Sabah secara senyap dan menyampaikan ceramah dirumah individu tertentu secara tertutup. Dato' Mufti Sabah jelas kecewa dengan sikap Mufti Perlis setelah mengetahui perbuatannya itu.
Saya juga pernah diberitahu Syeikhuna Dato' Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang bahawa apabila Dr Asri tidak mampu menyanggah hujah2 Dr Hayyi kelihatan wajahnya merah padam. Bahkan Dr Asri seringkali keluar awal @ menarik diri dari mesyuarat JawatanKuasa Fatwa jika sesuatu perbincangan itu tidak 'berkenan' dihatinya. Saya terfikir sendirian. : Inikah sikap seorang Mufti Sarjana.
Semalam, (mlm Sabtu 16/3/08) saya diberitahu seseorang bahawa Dr Asri diundang oleh KETENGAH untuk menyampaikan ceramah Maulid Rasul di Masjid al-Muktafi Billah, Bukit Besi, Paka, Terengganu. Tetapi ceramah itu khabarnya tidak diizinkan oleh SS Mufti Terengganu, Dato' Ismail Yahya. Beliau khuatir, jika Mufti Perlis menyelitkan unsur kewahhabiannya..nescaya masyarakat bertambah keliru. Kira-kira jam 3:30 ptg saya dikhabarkan bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan oleh Mufti Terengganu.
Namun, pada jam 7.00ptg semalam saya diberitahu bahawa ada orang dalaman KETENGAH yang bermati-matian mahukan Dr Asri berceramah. Sedangkan penaung program tidak tahu apa-apa. Kecoh seketika keadaannya.
Memandangkan persiapan telah dibuat. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit. Akhirnya, Jabatan Mufti terpaksa berdiplomasi dengan penganjur. Ceramah dibenarkan asalkan tidak menyentuh isu sensitif agama. Pada hemat saya, isu sensitif tersebut adalah 'unsur Salafiah Wahhabiyyah' yang diperjuangkan Dr Asri selama ini. Apa cerita.. Dr Asri sendiri ceramah Maulid Rasul yang dianggap bid'ah sebelum ini.? Bid'ah..bid'ah jugak. Tapi masyuukkk Syeikh..masyyuuukk..
Tahniah Dr Asri kerana tidak mudah patah semangat dalam menyuburkan perjuangan Salafi Wahhabi. Beliau mula berceramah. Tetapi tetap dengan style biasa beliau. Sifat 20 tetap dikutuk. Dakwanya mempelajari sifat 20 hanya melemahkan minda sahaja. Contohnya Allah ada lawan tiada. Benarkah Tuan Mufti? Atau anda yang tidak mengerti dan tidak menguasai?Bagi saya, hujah sebegini hanyalah modal lama beliau. Orang yang tidak berilmu hanya mengitarkan modal lama sahaja.
Dr Asri juga mengatakan bahawa amalan sambutan MaulidRasul ini merupakan adat orang Kristian. Terperanjat segala hadirin termasuk VIP yang hadir. Masya Allah! Betul ke Syeikh! Yang entum pi sambut undangan ceramah sampai ke Tganu Kite tu guane pulok? Kecek dok ghok starang. Penganjur program membayangkan tidak lagi menjemput Mufti Muda ini dalam program mereka. Saya difahamkan bahawa pihak penganjur juga bercadang mengenakan tindakan terhadap 'org dalam' yang bertanggungjwb menjemput Mufti Huru Hara ini. More...
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
1 comments:
Eih Perelih buat buleh!, makan PULUIT tak pakai KASUIT,lenguh LUTUIT ...makan LAKSO PULUT UDAN tepi LAIT
-------------------------------------
Ahhh aku pun pelik juga dengan WAHABI DARUL SUNNAH ni dulu ada USTAZ RASUL DAHARI(Sebelum ada lagi ISLAM ...RI), orang pergi ke LAIT(laut) kena doa minta' bagi dapat ikan banyak, orang tanam padi kena minta tanaman padi menjadi, sebab tu lepaih Solat masing-masing DOA sendiri.
..Dulu Asri ni mengajar di P.Pinang, sesekali turun ke Kola Perlis (Masjid Kuala Perlis) mengajar, yang aku ingat dia kata BIDA'AH HASANAH, BIDA'AH DHOLALAH...bid'ah bid'ah itu soal saja pastu SIFAT 20,KENDURI ARWAH (Dia ada tulis buku, makluman: Di Peris x ada kenduri Arwah), ..pastu bagi contoh BID'AH HASANAH..MACAM pakai lampu karan(elektrik) dulu zaman Nabi n Sahabat tiada elektrik..itu sahaja MODALnya.
...Soal-soal FEQAH patut dibincangkan bukan soal BIDA'AH dsb, kalau tak mau BIDA'AH langsung pakai spek pun jangan,pakai kereta pn jangan,pakai spender pun jangan..dsb. yang tiada pernah diamalkan oleh zaman Sahabat dsb.
...ni pula timbul SOAL KRISTIAN????, DIKAITKAN dengan MAULIDUR RASUL.mAKA SESUAILAH DENGAN KONSEP HADARI HADARI HADARI HADARI kata Yasin (ex-Brothers).Apa lagi setelah diangkat jadi MUFTEE, patutnya soal FURU' diutamakan
Post a Comment