Prowaris
KUALA LUMPUR, 18 MAC 2008 / 10 RABI’UL AWAL 1429H - Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan jumlah kemenangan kerusi di Parlimen serta kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada pihak pembangkang merupakan petanda jelas “PROTES RAKYAT MALAYSIA” terhadap BN. Berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN.
Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.
Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SICOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.
Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.
KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan.
ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.
Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.
Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.
PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI “SURVIVAL” MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.
SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.
FERIZ OMAR
Presiden PROWARIS Malaysia
Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment