KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

DEDAHKAN PEMBAZIRAN KHIR TOYO

Banglo exco untuk dijual
klpos
PARTI
Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu kerajaan negeri itu menjual 10 buah banglo kediaman anggota Exco di Seksyen 7 Shah Alam yang pernah mencetuskan kontroversi tiga tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, semua wakil rakyat PKR negeri itu bersetuju untuk membawa usul tersebut kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan lanjut.

Usul itu diputuskan dalam satu mesyuarat minggu lalu.

‘‘Wakil-wakil rakyat PKR berpendapat banglo-banglo itu tidak diperlukan memandangkan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PKR mempunyai rumah sendiri di Selangor.

‘‘Kami telah membuat keputusan untuk menjual unit kediaman itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kos penyelenggaraan rumah-rumah banglo tersebut yang terlalu tinggi.

‘‘Kalau kita tidak jual rumah-rumah itu, kerajaan perlu menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini merupakan satu pembaziran.

‘‘Wakil-wakil rakyat PKR juga berpendapat, hasil penjualan banglo-banglo itu dapat disalurkan untuk tujuan pembangunan di negeri ini,” katanya.


Untuk dijual

Pembinaan 10 banglo yang dilengkapi sebuah rumah kelab untuk anggota Exco Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pernah mencetuskan kontroversi apabila ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim mendakwa pembinaannya menelan kos kira-kira RM40 juta termasuk kos tanah, pembinaan dan kelengkapan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan itu dan menegaskan kos sebenarnya adalah RM21 juta.

Menurut Mohamad Khir, pembinaan banglo-banglo yang mula didiami sejak 2005 itu diluluskan pada 2001 dan ia bukan untuk semua Exco tetapi untuk Exco yang tidak ada rumah di Shah Alam dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, ADUN Kajang, Lee Kim Sin ketika dihubungi mengesahkan bahawa PKR Selangor bersetuju untuk menjual banglo-banglo mewah di Seksyen 7 Shah Alam yang dijadikan sebagai kediaman rasmi Exco-Exco kerajaan negeri.

‘‘PKR Selangor mendapati banglo-banglo ini terlalu mewah dan ahli-ahli Exco tidak memerlukan kediaman yang sebegitu mewah.

‘‘Adalah lebih baik jika kita menjual semua unit banglo itu dan hasilnya boleh digunakan untuk menjalankan projek- projek yang dapat memanfaatkan rakyat di Selangor,” katanya.

No2umnO - Kalau ikut wak, buka untuk pameran seminggu, kemudian buka tawaran kepada orang ramai yang mahu beli rumah tersebut. Biar rakyat tengok betapa mewahnya pemimpin BN selama ini. Sedikit doa dari rakyat pun dah cukup untuk kebumikan riwayat BN di Selangor. Sesiapa yang mempunyai kamera tu. bawa sekali dan tunjuk kat orang kampung. Buktikan hala tuju duit rakyat selama ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive