KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam

riwayathayat.

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.
Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka 'musang berbulu ayam' ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti. Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, 'musang' yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang. Bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.
Jika dibaca kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.
Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.
Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.
Barangkali benar dugaan saya. Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive