air selangor
cikguyusof.blogspot.
NAMPAKNYA ramai warga kota Kuala Lumpur yang mahu berpindah ke Selangor sejurus negeri itu mengumumkan bekalan air secara percuma bagi warga negeri itu sehingga 20 meter padu sebulan mulai bulan depan (April). Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebut 20 meter padu penggunaan air adalah untuk kegunaan rumah atau domestik sebulan bernilai RM11.40.
Di Selangor terdapat hampir satu juta pengguna domestik dan ini bermakna hampir RM11.4 juta kutipan air sebulan akan dikecualikan. Langkah bijak Tan Sri Khalid ini dipercayai akan "menyentuh" hati setiap pengundi yang inginkan perubahan dan langkah ini diyakini menyukarkan BN untuk kembali berkuasa di Selangor.
Dalam perkembangan lain, rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta Kelantan juga mahukan "hidangan" serupa terlaksana di negeri mereka. Sekurang-kurangnya, ia akan mengurangkan bebanan hidup yang membungkam mereka sejak pelbagai barangan keperluan naik mencanak!
Secara simboliknya, orang-orang Umno dan BN di Selangor terpaksa minum dan mandi air subsidi dari Kerajaan Barisan Rakyat, jika tidak terpaksalah menggali perigi atau membeli air dari Kuala Lumpur.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment