Dimanakah Khairy?
miorisfandy
Kebiasaannya dia dikatakan hero ditengah-tengah kancah UMNO dan event-event besar kerajaan. Contohnya, dia mengikuti Azalina ke Korat untuk mengikuti perkembangan atlet-atlet Malaysia disana, berkempen ke Kelantan sehinggakan pihak media, Parti Mahasiswa Negara dan Chegu Bard menganjurkan debat terbuka pun dia tak muncul-muncul di Rembau. Paling menarik sekali, dia mengetuai jentera pemuda UMNO melancarkan kempen “18 Tahun Pade Doh” kepada kerajaan Islam Kelantan.
Selepas PRU ke-12 ini, dia seolah-olah ghuyup. Setahu saya, dia belum lagi membuat apa-apa kesimpulan selepas pilihanraya ini. Terutamanya, saya ingin sangat mendengar post-mortem kempennya di Kelantan. Pembangkang ramai yang mengatakan Khairy adalah mastermind dalam percaturan calon-calon BN dalam PRU. Namun, natijahnya juga kita semua sudah maklum. Bagi saya banyak kempen-kempen BN pada kali ini yang ‘overkilled’. Terlalu jauh tersasar dari target yang sebenar. Saya ada buat sikit pemerhatian kasar, kempen BN dengan menggunakan akhbar Utusan Malaysia dari 13hb Februari 2008 sehinggalah 8hb Mac 2008. InsyaAllah, saya akan publish nanti.
Pada hari ini (18hb Mac) Pak Lah telah mengumumkan senarai menteri kabinet Malaysia. Nama menantu kesayangannya tidak juga muncul. Saya menjangkakan Khairy akan memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Tapi, jangkaan saya meleset.
Saya terus membuat beberapa spekulasi ;
Khairy akan menjadi Timbalan Menteri di kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Kewangan.
Khairy akan menjadi menteri selepas dia menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang mungkin akan diadakan pada tahun ini. Jadi, Pak Lah akan reshuffle kabinet selepas perhimpunan agong tersebut.
Khairy akan tetap berada dibelakang tabir dan menjadi penasihat Pak Lah yang setia. Mungkin dia rasa dengan demikian dia lebih selamat, lebih kaya dan lebih berkuasa.
Khairy akan tercampak keluar dari politik UMNO sebelum PRU ke-13 kerana Pak Lah juga mungkin akan jadi begitu.
Apa-apa pun jangan kita lupa, dia pernah bermimpi, dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum usianya 40 tahun. Jadi, dimanakah tapak dia di dalam kabinet Malaysia?
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
1 comments:
PADE DOH DENGEN MUKO DIO TUH. BENCI BENAR KAWE
Post a Comment