KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

UMNO GUNA GABEM DAN BERTAM UNTUK BANTAH GUAN ENG


utusan.com.my/

SHAH ALAM 15 Mac – Badan Bertindak Melayu (Bertam) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bercadang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Pengerusinya, Ahmad Shahrizal Jimin berkata, laporan itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng terhadap dasar tersebut yang tidak mengambil kira sensitiviti kaum di negara ini khususnya orang Melayu.

Katanya, tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang ingin memansuhkan DEB seolah-olah satu cubaan menyekat peluang dan hak orang Melayu serta bumiputera lain dalam pembangunan yang jelasnya termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. more...

No2umnO - Wak tak pernah beli Utusan sejak beberapa tahun yang lepas. Tapi intai intai juga di internet untuk mengetahui tohmah dan fitnah yang mereka lakukan. Hari ini wak diberitahu oleh rakan rakan di Shah Alam bahawa terdapat gambar di halaman dalam tentang perhimpunan dibuat satu kumpulan yang dikenali sebagai GABEM yang membuat lapuran polis terhadap Guan Eng. Informer wak memberitahu bahawa wajah yang terdapat di dalam berita utusan itu adalah terdiri dari orang orang UMNO, termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Rahim Md Shah, merangkap bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Wak cuba bayangkan betapa bimbang nya beliau apabila peluang yang mereka perolehi selama ini ditarik balik dan sekarang pemimpin seperti Rahim Mat Shah ini tidak lagi memegang apa apa jawatan penting di dalam kerajaan Selangor. Pening beb.... periuk besar, kerak pun besar. So apa cara yang boleh dilakukan kecuali menentang penghapusan DEB oleh Kerajaan Pulau Pinang dan sekarang kononnya berjuang untuk MELAYU..... untuk bangkit kan isu perkauman. Alahai UMNO sudah sudah la.....jangan sengsara diri membabitkan orang lain dan kalau selama ini sudah mewah....cukup cukup lah tu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive