KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

Boleh caye ke?

Semua fail rasmi berada di jabatan berkaitan, kata Mahdzir
mstar.com.my
ALOR STAR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua fail penting yang dilaporkan 'hilang' oleh Menteri Besar yang baru, Azizan Abdul Razak sebenarnya berada di jabatan yang berkaitan.

"Azizan boleh menyemak kedudukan fail-fail dengan jabatan berkaitan. Kita tidak langsung mengambil atau membawa balik ke rumah fail-fail rasmi kerajaan negeri," katanya kepada Bernama di sini, pada hari Selasa.

Beliau mengulas cadangan Azizan semalam untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang mengenai "kehilangan fail-fail penting kerajaan," apabila mendapati pejabat Menteri Besar lengang dan cuma terdapat meja, kerusi dan seunit komputer riba.


Azizan, 64, yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 9 Mac lepas.

Mahdzir berkata beliau hanya mengambil fail dan barangbarang peribadinya sahaja semasa meninggalkan pejabat Menteri Besar apabila kerajaan campuran PASParti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengambil alih pemerintahan selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Katanya beliau dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) BN tidak pernah menyimpan fail projek atau fail mesyuarat kerajaan negeri di dalam bilik masing-masing.

"Semua fail projek dihantar terus ke jabatan berkenaan selepas mesyuarat. Fail Exco dihantar untuk disimpan oleh pejabat Exco dan fail kewangan di jabatan kewangan," kata Mahdzir yang merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

1 comments:

chua habag mai said...

Scenario pasca PRU12

Kedah:Ustaz Azizan Angkat SUMPAH
Det MB Angkat SAMPAH

Perlis:Md Isa Sabu Angkat SUMPAH
Bang Dan Angkat SAMPAH

Tganu : Idris AKAN Angkat SAMPAH

Penang: Sukun sapu SAMPAH (ada makna lain katanya Teori PGCC)

Perak: Ir. Nizar Angkat SUMPAH
tAJOL rOSLI tERIAK BALIK
GURI

sELANGOR: tOYOL BAKAR "SAMPAH"
khalid ANGKAT SUMPAH

Posting terkini

Blog Archive