Radenjowo
Seronok juga tengok keletah UMNO yang kepanasan menjadi pembangkang. Baru mereka tahu bahawa menjadi pembangkang tidak semudah menjadi kerajaan. Itu pun masih ada beberapa yang disekat. Kalau BA boleh gunakan media dan penguatkuasa sesuka hati, rasanya BN dan UMNO, ramai yang dah bunuh diri, jadi gila atau sekurang kurangnya, cakap sorang di bas stand berambut rambut keras ala BOB Marley.
Tapi hari ini, dimulai dengan suasana yang agak sejuk. Mungkin UMNO dan BN sudah tahu bahawa di dalam UMNO sudah ada pembangkang. Bila ahli sendiri, berpaling tadah, UMNO jadi kalut. Mahu tidak? Kalau dah sepanduk dibentang, tapi tak siapa yang mengaku, surat di edar, tapi tak tahu sapa yang jadi sekutu.
Tentang surat Mukhriz tu, wak dah tak pelik. Pada awalnya Mukhriz takut, kemudian nak buat sidang akhbar, tiba tiba tak jadi sebut. Kemudian ikhtiar terakhir, Mukhriz buat surat. Kononnya di berikan kepada Pak Lah, salinan dibuat pada 4 pemimpin hebat di dalam UMNO. Kemudian dalam masa yang sama diedarkan melalui internet. Ini semua sudah dirancang, tapi sekarang persoalannya, siapa yang bersama Mukhriz.
Wak setuju kalau Mahathir menjadi punca Abdullah di kutuk. Tak payah nak menyebelahi Mukhriz, Mahathir atau pun Pak Lah. Semuanya hampir sama. Bila kuasa sudah tiada, maka semuanya jadi kecoh. APa yang berlaku kepada BN sekarang, sudah diluar kawalan. Macam dah tak waras. Semua dah mereng.
Sama seperti pada waktu pengiraan undi tempoh hari. Berapa ramai orang UMNO dan BN merusuh dan tumbuk penyokong BA. Ramai juga yang masuk jel dan ramai juga yang balik kerumah menangis macam budak kecil. Tapi itu semua hakikat bahawa BN dan UMNO terlalu yakin, tak ingat bahawa dunia ni bukan milik diorang.
Sokongan tidak ikhlas UMNO bukan hanya pada pemimpin tetapi pada dasar perjuangan UMNO sendiri. Ramai yang jadi Pak Hangguk dari faham perjuangan mereka sebenar benarnya. Budaya angkat tangan beramai ramai sudah mesra dengan alam UMNO. kalau naikkan tangan, maka naik lah semua, kalau disuruh turun, maka turun lah semua. UMNO yang tinggal adalah budaya smart. Kalau perhimpunan, Semuanya smart smart belaka. Pakaian mahal, kasut kilat, songkok sengat. Tapi otak beku, berserabai, hati pula kotor dan busuk.
Sekarang UMNO dah berdemo di Komtar dan dengar cerita, juga di buat di bangunan SUK Selangor. Sesiapa yang ada ketika perhimpunan yang diadakan semalam, sama senarionya ketika orang melayu kampung berembang dan rimba jaya menuntut dikembalikan hak mereka. Bezanya, anggota UMNO yang berdemo itu, tidak dibelasah oleh pihak berkuasa seperti mana yang dilakukan oleh penduduk setinggan kota. Tetapi persamaan yang kita boleh tengok adalah, demo dibuat apabila hak mereka diambil. Bukan tentang perjuangan bangsa, tetapi hak mereka telah dirampas dari pihak lain. Maka DEB adalah hak UMNO dan apabila keistimewaan ini diambil, maka UMNO pun berdemo.
Rasanya kita semua faham. Sebelum ini ada ura ura melalui sms menyatakan bahawa Khairy akan menggunakan isu kaum untuk cetuskan huru hara. Kononnya menggunakan khidmat PEKIDA untuk membuat rusuhan dan macam macam lagi. Ini adalah ulang tayang 13 Mei dahulu, apabila, Melayu ketika itu mengikut dan turut tanpa saol siasat sehingga menjadi peristiwa hitam negara kita. Bukan Melayu sahaja yang ingat dan tahu tetapi juga bangsa Cina. Maka seharusnya, kedua dua bangsa perlu elak perkara ini dari berlaku kecuali ada muslihat tertentu. UMNO muslihatnya untuk menolak pembangkang dari menjadi kerajaan.
Baik Melayu atau pun Cina di Pulau Pinang. Wakaupun kita sendiri tahu bahawa DEB hanya lah rektorik perjuangan UMNO, realitinya kita sukar lihat kerana perjuangan UMNO hanya lah perjuangan alam maya dan alam khayalan. Kalau anda bermimpi dikelilingi wang yang berjuta, itulah yang berlaku pada melayu bersama UMNO. Macam ada peluang tapi tak jelas dan tak perolehi.
Bila ada usaha usaha provokasi UMNO ini dilakukan, maka ada pihak yang sedang cuba untuk menjadi HERO kepada satu satu bangsa di dalam Malaysia. Bila api berjaya dimarakkan, maka Melayu akan kembali kepada UMNO. Itu lah harapan UMNO selepas terjatuh dari kuasa yang sekian lama dipegang.
Itu dulu, sekarang sudah berbeza. Melayu sekarang sudah pandai dan tidak kurang juga Melayu yang malas untuk berjuang. Melayu lebih suka menonton Akademi Fantasia musim ke 5. Dengar cerita kali ni ianya lebih menarik. Kalau UMNO ajak mereka berjuang untuk bangsa, berkumpul dan melolong, Melayu UMNO akan kata. "Kau pegi la dulu, nanti aku ikut" atau dengan lebih menarik lagi, "Kau pegi la dulu, aku tengah tunggu kawan." Atau lebih menyakinkan kalau dijawab, "Aku tak dapat pegi, capal aku putus." INi kerana Melayu UMNO sudah senang senang dan menjadi malas.
Berlainan pula dengan Melayu atas pagar. Bila orang UMNO ajak Melayu berjuang untuk bangsa, Melayu atas pagar akan tolak mentah mentah kerana tidak mahu dijadikan pak turut. UMNO sudah jelas tiada harapan, maka perlu apa kita mempertahankan. Ianya bukan hak Melayu, UMNO adalah hak kaum melayu elit yang selama ini ditatang oleh BN. Diberikan projek, pinjaman yang tak perlu bayar dan semuanya yang diperolehi kerana sikap mengkudakan diri pada UMNO.
Wak pernah bayangkan.... kalau lah Orang UMNO sebelum ini datang kerumah dan ajak wak pergi ambil kontrak atau ajak orang melayu ambil peruntukan, mungkin sekarang ini, UMNO hanya perlu petik jari untuk ajak kita semua keluar. Tapi ajakan berdemo, tidak seperti ajak buat projek dan kontrak. Bila dapat projek, UMNO lebih menggunakan pendekatan "SENYAP dan TAYANG".
Tiba tiba, pemuda UMNO dah beli kereta besar. Tiba tiba Ketua Cawangan dah bina rumah besar, Tiba tiba Wakil Rakyat dah kawin lagi satu. Semuanya surprise dan semuanya pendekatan yang sama, "SENYAP dan TAYANG". Bila semua keistimewaan ini diragut, mereka gunakan pendekatan yang berbeza, "LAUNG dan KECOH".
Wak tak mahu salahkan sebelah pihak sahaja tapi wak ambil kesempatan ini untuk memberitahu LIM GUAN ENG. Kalau bertindak tu, kena bijak sikit. Melayu yang bijak tahu, bahawa DEB tidak berkesan dan mungkin perlu dijadikan 'nesan' kepada kematian UMNO kelak tetapi tindakan mencanangkan pembatalan DEB tidak perlu dibuat tergesa gesa atau tidak perlu diwartakan langsung. Semuanya hanya tertakluk kepada pemerintah. Selama ini pun, kita tak tahu DEB tu ujud ke tidak, maka tidak hairan kalau DEB di Pulau Pinang dihapuskan senyap senyap kerana selama ini pun ianya sudah terhapus.
Dengan tindakan tergesa gesa Lim GUAN ENG ini menyebabkan berlakunya demo dan UMNO mempunyai alasan untuk menolak DAP dari pemerintah. Sedangkan apa yang wak sedar bahawa isu HAPUS DEB ini dibuat lebih kepada memujuk bangsa Cina dan mungkin merealisasikan cita cita DAP ketika berkempen dahulu. Tapi akibatnya, UMNO berdemo menuntut keadilan. Silap silap haribulan, Melayu bangun dan ketika itu DAP pening kepala. Kenapa lah bodoh sangat?
Pembangkang yang menjadi kerajaan seharusnya peka dengan sikap UMNO dan BN. Sedikit silap dijadikan bahan dan kalau berkesan, siapa yang rugi? Mungkin DAP menang di Pulau Pinang kerana undian kaum Cina tetapi tetapi tidak kurang juga sumbangan melayu yang terpinggir dan kecewa dengan kepimpinan BN selama ini. Wak akui bahawa LIM GUAN ENG, tidak bijak bercakap tapi pandai melakukan kerja tapi kalau tak pandai bercakap ... lebih baik jangan cakap.
Kanak kanak diasuh untuk gunakan chopstick untuk makan. Selepas 2 tahun, mereka sukar menggunakan tangan kerana tidak biasa. Itu cuma 2 tahun. Begitu juga dengan rakyat Malaysia. Kita diasuh selama 50 tahun oleh British melalui UMNO, PERIKATAN dan BNnya untuk memusuhi antara kaum. Tidak mudah untuk kikis sifat perkauman yang ada. Cina dengan Cinanya, Melayu dengan Melayunya serta India dengan Indianya. Wak berani jamin bahawa selepas DAP pegang kuasa di Pulau Pinang, bangsa Cina masih lagi mengekalkan sifat perkauman mereka. Tak mudah untuk mengecek peluang niaga dari mereka semudah mereka kecek peluang dari bangsa Melayu. Itu Cina kena akui.
Apa yang penting sekarang, hasilnya. Kalau DAP di Pulau Pinang masih mengekalkan pemerintahan ala GERAKAN dan BN, maka tak perlu lah DAP.
Amaran kepada LIM GUAN ENG. Gua tau lu takkan buat apa yang BN buat. Gua boleh kasi lu peluang. Gua support sama lu, tapi ingat.... kalau lu tak betul, gua BELASAH sama lu.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
2 comments:
Brother,
Not only you, I will definite kick his ass and never allow him to come back to Melaka at all, with all my effort, if he doesn't treat and help all the races well.
Thanx bro. lets give him a chance first. See how. I think he knows what to do.
Post a Comment