habri.blogspot
Melayu UMNO (baru) yang menjadi pembangkang di beberapa buah negeri mula menggelabah. Digunakan hak Melayu, DEB dsb untuk menghasut orang Melayu bukan UMNO untuk menentang parti Barisan Rakyat.
Aku yang sering menggelarkan UMNO sebagai pengkhianat Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang kini merasa tidak selamat, tidak aman dan tidak makmur. Kerana apa? Bukan kerana hak Melayu dinafikan tetapi kerana hak Melayu UMNO untuk melakukan rasuah dan khianat hilang begitu sahaja.
Aku merasa gembira dan juga sedih mengenang telatah cacing kepanasan juak2 UMNO yang menjijikkan ini. Gembira sebab akhirnya imej Melayu terutama golongan peniaga tidak akan menjadi buruk dek semata2 tingkah laku khianat gelintir minoriti Melayu. Aku yakin orang Melayu boleh berdiri sendiri lebih2 lagi jika UMNO menjadi parti UMNO yang sebenar. Aku bangga ramai anak Melayu yang berjaya di luar sana tanpa mengharapkan bantuan UMNO terutama jutawan2 MLM dan insurans. Walaupun aku tidak gemar dengan budak2 MLM, namun di satu segi aku berbangga dengan mereka.
Sedihnya pula kerana ada di kalangan mereka ini masih tidak sedar diri dan menuduh parti DAP dan sekutu sebagai anti-Melayu tanpa menyedari merekalah apa yang dikata. Walaupun aku kurang bersetuju dengan pengumuman gopoh & kurang bijaksana Lim Guan Eng ketika mengumumkan tidak pada DEB, aku yakin kalau mereka ini boleh bekerja dan tidak makan untung atas angin sahaja, apa yang perlu ditakutkan? Itulah kalau dah lama khianat sampai tak tahu buat kerja, inilah jadinya.
Ulangtahun ke 5
Hari ini aku akan berangkat ke Bandung & Yogyakarta selama seminggu untuk berlibur sambil bekerja dan mencari cinta. Cinta yang ditahan2 kerana ingin menanti saat Barisan Rakyat mengecapi kejayaan akhirnya dibebaskan. Biarlah puak2 UMNO dan BN memikirkan masa untuk bangkit menjadi perasuah yang lebih sivil dan aku meraikan kejayaan Barisan Rakyat di kota Bandung yang penuh dengan wanita yang memberahikan sambil memikirkan tawaran2 politik yang datang.
Tanggal 16 Mac ini bersamaan hari Ahad merupakan hari ulangtahun ke 5 blog bernama 'Komentar Rakyat Biasa' ini. Lima tahu berlalu terlalu pantas dan sepanjang tempoh ini banyak yang telah dipelajari untuk dijadikan bekalan lauk menghadapi masa2 mendatang yang semakin sukar & mencabar. Fikirkan yang besar2 bukannya wang2 rasuah yang besar. Jahanamlah UMNO yang rasuah.
Merdeka dari UMNO!
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment