KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 15, 2008

UTUSAN MALAYSIA TERUS SEMARAK API PERKAUMAN

Cuba anda baca berita terbaru ini. Satu dari bernama dan satu lagi dari Utusan Malaysia. Kandungan nya serupa, tapi tajuknya berlainan. Bernama sedikit tenang, tetapi Utusan memilih untuk tajuk yang lebih keras.

Guan Eng minta tutup isu DEB
utusan.com
PULAU PINANG 15 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini berharap semua pihak menghentikan polemik mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya memberi peluang kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pemerintahan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat.

``Apa yang penting ialah melangkah ke depan dan melaksanakan pemerintahan berdasarkan ketelusan dengan sumber kekayaan negeri dikongsi secara bersama dengan penduduk Pulau Pinang.
Dan berikut adalah berita Bernama
Kerajaan Pulau Pinang Tidak Laksana Dasar Yang Merugikan Penduduk
bernama
PULAU PINANG, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak akan melaksanakan sebarang dasar atau langkah yang merugikan penduduk negeri ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sambil mengatakan bahawa tiada pihak yang akan dipinggir atau dianaktirikan, Lim mendakwa kerajaan pimpinannya akan berkongsi sumber kekayaan negeri bersama-sama seluruh penduduk Pulau Pinang.

"Yang penting kita perlu melangkah ke hadapan supaya kita boleh melangkah ke era baru di mana ada ketelusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Artistik di sini hari ini.

Manakala berita berikut pula dikeluarkan bersama dan lihatkan tajuk nya, ia seolah olah bertujuan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Kepimpinan MB baru di Selangor. Dipalitkan dengan parti DAP demi untuk memberikan pandang buruk masyarakat Melayu kepada beliau, seolah olah Dato Khalid menjadi budak suruh parti DAP.
Kerajaan Selangor nafi jadi boneka DAP
utusan
SHAH ALAM 15 Mac – Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pentadbiran kerajaan campuran negeri itu yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah boneka DAP.

Menurut beliau, sepatutnya perkara itu tidak dijadikan isu selagi barisan Exco kerajaan negeri belum diperkenalkan.

Katanya, Selangor akan membariskan golongan profesional dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi menyediakan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Itu adalah isu yang sengaja diada-adakan, kita memerintah Selangor untuk memberi khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama.

"Tengok saja nanti siapa yang dilantik dalam barisan Exco, kemudian baru tahu bentuk atau konsep pemerintahan kerajaan negeri Selangor," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berita memainkan peranan penting, namun tertakluk kepada wartawan dan editornya. Kalau jahat dan busuk hati, lihatkan hasil kerja mereka, kita akan tahu betapa ada muslihat dan tujuan disebalik penyampaian berita. Samada mereka mereka ini diupah atau bersekongkol dengan kerajaan yang kalah untuk mengembalikan kuasa, dengan cara ketegangan kaum. Siapa disebalik semua ini?

AWAS DAN INGAT !!! Kalau kejadian 13 Mei berulang kembali, mereka ini adalah di antara penyumbang terbesar kemusnahan masyarat muhibbah negara Malaysia.

1 comments:

Anonymous said...

Jom kita mulakan boikot Utusan Mereng/Merapu/Menipu

Posting terkini

Blog Archive