Radenjowo
UMNO SUDAH SASAU ... media jadi senjata.
UMNO kini lagaknya seperti orang gila talak. Tak mahu tapi mahu. Ketika berkahwin, isteri tidak dijaga, di belasah, diseksa, dicucuh api rokok dan di sepak terajang. Bila dah cerai, isteri calit mekap, pakai gincu dan celak, UMNO kembali gila talak, melolong lolong depan tangga pujuk untuk dikahwinkan semula. Nyanyi lagu hindustan, pagi sampai petang. Satu kampung tahu ... apa yang kita boleh bantu selain berkata, "Kesian orang tu."
Sebelum ini sepasukan UMNO menyerang negeri Kelantan. Kelantan hanya satu satu negeri yang masih di bawah pemerintahan PAS dan berhasrat benar mereka untuk menumbangkan kerajaan Ulamak itu, untuk diratah harta dan pusaka yang masih ada di sana.
Kalau kita tonton clip kempen Khairy Jamalauddin mengkritik negeri Kelantan, ianya sungguh memalukan. Apa katanya? Kelantan rasuah, curi balak dah 18 tahun dan bermacam macam lagi. Sakit telinga, sakit hati bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada rakyat Kelantan sendiri. Kalau sebelum itu, rakyat Kelantan bercadang untuk mengejar kemajuan, dengan kenyataan menantu dollah itu, telah menghilangkan semangat mereka. Hakikatnya menantu Dollah sudah hilang akal, menuduh membabi buta tanpa fakta. Dia sudah gila.
Pendek cerita, rata rata pemimpin UMNO yang gagal di Kelantan menyalahkan Khairy dengan percaturan politik UMNO disana sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Malam mengira undi, mereka tidak ghairah lagi tetapi hanya termanggu manggu kesedihan. Kalau ikutkan hati mahu mereka menentang, tapi budaya UMNO menghalang semua ini kerana, salah atau betul ..... pemimpin arah anggota terus angguk. Apa kata Shahidan? Kalau tak mahu terima dirinya sebagai Menteri besar .... boleh keluar parti atau diambil tindakan.
Kini UMNO semakin terdesak. Apa lagi pilihan yang ada kecuali menimbulkan huru hara. 5 negeri sudah ditawan pembangkang dan wilayah persekutuan majoriti kemenangan memihak ke Barisan Alternatif. Maka peristiwa 1969 telah berlaku, malah lebih teruk lagi. Perpecahan sudah kelihatan dan tiada lah cara lain kecuali untuk mengulang sejarah silam.
BN tidak berbicara, tetapi UMNO memainkan peranannya. Bangsa dan kaum menjadi agenda. Berita dan akhbar masih memihak kepada mereka. Bakal digunakan apa cara sekali pun demi untuk kembalikan maruah UMNO dan bukan maruah bangsa Melayu sebenarnya.
Wartawan akan menjalankan kerja. Dikutip apa jua ucapan dan kenyataan yang bakal dibuat oleh pemimpin pembangkang yang kini sudah jadi kerajaan. Siarkan dan sensasikan tajuknya agar sedikit berbaur perkauman. Batu api sudah ada, tinggal perlu digeselkan sekerap mungkin untuk menghasilkan bara yang bakal menjadi punca kebakaran.
Sebahagian pemimpin UMNO tidak kelihatan selepas kekalahan. Yang memegang keris atau tidak, sudah tidak kelihatan batang hidung. Kalau lari lintang pukang atau sedang merancang satu kebangkitan?
UMNO kini sudah terdampar dilautan. Apa saja yang lalu bakal di kait untuk selamatkan keadaan. Ada ranting, ranting di galas. Ada papan, papan di peluk. Ada rakan, rakan di terajang. Semuanya gara gara hilang kuasa, kalah pilihanraya.
Tapi awas media sedang mainkan lagu kaum, lagu bangsa. Siapa yang lalai bakal terpengaruh. Jangan campur tangan kalau kalau ada yang ajak berdemo tentang DEB kerana itu akan menjadi punca kepada semua cerita. Lihatkan berita berita yang mereka paparkan.....
BERNAMA
Hapuskan DEB Tindakan Orang Buta Sejarah
PM Mahu Pembangkang Bertanggungjawab Terhadap Kenyataan Diberi
Tindakan DAP Hapus DEB Akan Cetus Ketegangan Antara Kaum, Kata Khoo
ASCC Tangani Masalah Jurang Digital Di Kalangan Negara Asean
Anwar Mengelak Daripada Nyata Pendirian Mengenai DEB
Rakyat Perlis Kebingungan Mengenai Perlantikan MB
Bumiputera Harus Akui Kelemahan Sebelum Maju
Lim Nafi Keluarkan Kenyataan Yang Boleh Semarakkan Perkauman
DEB Bukan Isu Di Selangor, Sebaliknya Tumpu Pembangunan Rakyat Tanpa Mengira Kaum
Tindakan DAP Hapus DEB Akan Cetus Ketegangan
Utusan Malaysia
3,000 bantah hapus DEB di P. Pinang
DEB: Guan Eng tetap berdegil
'BN tidak iktiraf Md. Isa'
Peguam buat laporan polis terhadap Guan Eng
Rakyat minta istana beri peluang kepada BN
Berita Harian
Laporan polis terhadap KM
Melayu Pulau Pinang bantah DEB dihapus
Kini UMNO sudah menggelabah. Hilang akal dan jadi sasau. Gila talak kerana isteri dan anak sudah tidak layan. Cerita tentang DEB yang kononnya untuk kaum untuk bangsa. Heyyyyy (Bahasa raja petra) DEB bukan setakat cakap .... tapi kena buat. Tak kira apa pun istilahnya, kalau niat untuk bantu bangsa, tak payah DEB pun kita boleh kaya. tapi kalau setakat tolong KRONI baik tukarkan sahaja DEB kepada DEK. (Dasar Ekonomi Keluarga@Kroni)
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment