detikdaily
"BEGITULAH ungkapan Ketua UMNO Bahagian Kapar Dato' Abdul Rahman Palil diikuti dengan tepukan gemuruh di suatu perhimpunan bersama sisa-sisa pengikutnya yang saya rasa masih setia disebabkan telah pernah dan sedang menerima "habuan".
Ini satu lagi sikap UMNO yang buat rakyat makin meluat. Dah kalah terima je la,, rakyat Selangor memang dah tolak "Be End". Apa lagi, yang u all nak buat provokasi nak ugut itu ini menunjukkan sikap yang tidak gentleman dan macam tidak matang. Jika macam ini lah sikap UMNO-BN Selangor,, makin akan hilanglah rasa hormat dan kepercayaan rakyat Selangor.
Wahai UMNO Selangor,, insaf dan terimalah kenyataan yang anda semua sudah kalah dan rakyat sudah tahu pekung anda semua. Pekung yang busuk mana boleh sorok lama-lama, sebabkan dia berbau busuk orang akan terhidu gak. Cubalah bertindak ikhlas memperbaiki keadaan, moga-moga kepercayaan rakyat kembali.
Sedarlah kesilapan yang telah anda semua lakukan yang telah membuat rakyat marah dan meluat. Rakyat sekarang telah bijak menilai dan membuat tindakan.
Saya sendiri sebagai penduduk Selangor telah mengalami beberapa peristiwa yang membuiat saya beralih sokongan dari UMNO.
Dato Rahman Palil telah tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terutama sebagai Biro Agama Negeri Selangor. Banyak aduan kelemahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak ditanganinya. Juga salah satu punca kemarahan Hindraf adalah disebabkan kelemahan pentadbiran beliau.
Sebenarnya banyak lagi maklumat mengenai 'pekung' Dato YM Sementa ini yang sumber boleh dipercayai kerana anak lelaki beliau adalah kawan budak-budak orang kampung saya., tapi biarlah saya simpan dulu.
Wahai YAB Menteri Besr yang baru,, teruskanlah usaha Tan Sri memimpin Negeri Selangor, kami percaya dan yakin Tan Sri mampu melakukan yang terbaik. Ingatlah sekiranya kita ikhlas kerana Allah,, Allah akan sentiasa bersama kita, hanya kepadaNya kita memohon pertolongan.
Kalau mereka nak gegarkan Pejabat Tan Sri, kami penyokong setia Tan Sri tidak akan membiarkan ianya berluasa.
Saya sebenanrya amat jarang menulis begini terutamanya di ruangan dalam internet ini. Tetapi disebabkan geram dengan tindakan Dato' yang sangka dia 'bagus' saya tiba tiba mendapat ilham untuk menulis ini.
Sekian Terima Kasih.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment