KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 15, 2008

SATU LAGI LAPURAN POLIS

Bertam Buat Laporan Polis Berikutan Kenyataan Guan Eng

SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) -- Badan Bertindak Melayu (BERTAM) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur BERTAM, Ahmad Sharizal Jimin berkata laporan itu dibuat kerana ucapan Lim pada 11 Mac lepas bahawa kerajaan baru Pulau Pinang pimpinan DAP tidak akan melaksanakan polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam pentabdirannya yang didakwa menimbulkan kronisme dan rasuah.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Seksyen 11, di sini hari ini.

Ahmad Sharizal berkata beliau merujuk ucapan Lim yang disiarkan dalam laman rasmi DAP dan bukannya laporan akhbar bagi mengelakkan daripada dikatakan salah tafsir mengenai ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kami percaya ucapan (Lim) Guan Eng menyalahi peruntukan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan ia juga boleh menyebabkan dan mencetuskan sensitiviti antara kaum.

Ahmad Sharizal berkata tindakan Guan Eng juga menunjukkan DAP memperlekehkan hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak dan menipu mereka kerana sebelum ini DAP tidak pernah menyatakan dalam manifesto pilihan raya parti itu untuk memansuhkan DEB.

Beliau berkata BERTAM Selangor yang dianggotai oleh badan gabungan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di peringkat negeri seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Wanita (PENIAGAWATI) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ditubuhkan dua hari lepas bagi memperjuangkan hak kaum Melayu.

Rujuk: Lawyer lodges report against Penang CM

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive