PETALING JAYA: Penantian Malaysia untuk melihat finalis Raja Lawak Astro, Ahmad Nabil Ahmad, 25 bergelar juara kini termakbul apabila beliau berjaya mengutip peratusan undian SMS tertinggi iaitu 77 peratus.
Sementara kumpulan Cham yang dianggotai oleh Asrul Zaidi Jamaluddin (Azrul), 34 dan Muhammad Nizamudin Ahmad (Along), 25 berjaya menyandang tempat kedua dengan peratusan 19 peratus.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Fadhil Mohd Nasir (Anu) dan Nor Azhar Buyong (Pak Cu) yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan XN3 dengan peratusan empat peratus.
Dengan kejuaraan yang diungguli oleh Nabil itu, kira-kira 800 orang penonton di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan jutaan penonton di seluruh Malaysia dan Brunei yang menonton saluran 105 Astro Prima malam tadi dapat menyaksikan beliau yang berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium, percutian ke Gold Coast, Australia, wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah trofi bersalut emas.
No2umnO - SORRY TERSALAH LETAK GAMBAR !!!
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment