amdang81
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Jika ditanya soal sakit hati, memang aku sakit hati melihat isu perkauman diangkat sebegini rupa akhir-akhir ini oleh pelampau Melayu. Tidak kisah la pelampau Melayu itu mengaku bernaung di bawah UMNO secara terus, mahupun berselindung di sebalik apa jua nama persatuan atau badan yang diwakili mereka. Namun, pada aku pelampau Melayu sengaja meniup api perkauman apabila gabungan parti politik mereka tewas dan gagal meraih lebih banyak kerusi.
Sejak DAP sah mengambil alih Pulau Pinang, semua media seolah-olah diarah untuk mengikut rentak tersebut. Walhal sebelum ini Gerakan yang memimpin Pulau Pinang tidak pula dipersoalkan samada ianya menghakis ketuanan Melayu atau tidak. Sedangkan pada tahun 2004 kerusi UMNO melebihi kerusi Gerakan, namun Ketua Menteri tetap dipilih dikalangan ahli Gerakan. Tidak malukah UMNO cuba berlagak hero hari ini dengan mengangkat sentimen Melayu sedangkan merekalah yang telah menyerah Pulau Pinang kepada Cina sebelum ini?
Semalam dikhabarkan satu perhimpunan Melayu Pulau Pinang di Bangunan Komtar diadakan. Aku sendiri sempat menyaksikan siaran ulangan Buletin Utama perihal tersebut. Betul-betul mereka berlagak membela Melayu dengan membangkitkan soal DEB. Sedangkan mereka sendiri maklum DEB sebelum ini ternyata gagal disebabkan puak-puak Melayu mereka yang memerintah. Mereka mementingkan kroni, poket sendiri, menerima rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya semasa diberi sedikit kuasa. Bila kuasa itu tiada, mereka memekik mahu memperjuangkan bangsa mereka yang selama ini mereka tipu. Mahu berlagak hero. Hampeh!
Antara DAP dan UMNO, aku kira Melayu keseluruhannya lebih berhati-hati dengan DAP.
Kerana DAP bukan parti Melayu. Aku yakin dan percaya rakyat di Pulau Pinang lebih rela ditipu DAP kerana mereka bersedia bangkit untuk menentang semula DAP jika jelas DAP mengkhianati Melayu. Berbanding UMNO yang dilihat lunak berjanji itu dan ini untuk Melayu sedangkan merekalah yang mengkhianati Melayu.
Jika ditipu orang luar, kita mudah untuk bangkit menentang, tetapi jika ditipu adik beradik kita akan berfikir panjang untuk memutuskan saudara. Banyak menjaga hati, terlalu berlembut dan sebagainya. Tetapi si penipu tetap penipu sifatnya! Semoga dengan sedikit kejutan membuka mata mereka mencari kesalahan dan menyedari kesilapan yang mereka ada.
Sebenarnya soal Pulau Pinang bukan soal perkauman yang dibimbangi UMNO. Bukan soal ketuanan Melayu yang dibimbangi UMNO. Semuanya tidak lain dan bukan kerana hilang projek, hilang 'duit kopi', hilang itu dan hilang ini yang menjadi punca utama mereka berlagak hero. Jika tidak percaya, lihatlah UMNO di lain-lain negeri. Sejauh mana mereka berjuang demi bangsa khususnya demi Agama Islam?
Aku suka untuk mengajak kalian membaca suatu artikel yang aku kira menarik dari Saifulislam.com. Ambik masa dan renung-renungkan apa yang ada di sana. K, Wassalam.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment